Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Fungsi Agensi adalah seperti yang berikut:
(a)
merumuskan dasar, strategi dan haluan negara yang berhubungan dengan inovasi;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 718
(b)
menguruskan, bekerjasama dalam dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti dengan sektor awam dan swasta untuk merangsang inovasi di Malaysia;
(c)
membuat pertanyaan, tinjauan dan penganalisisan data, penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan inovasi dan ekosistem inovasi negara;
(d)
menggalakkan dan memudahkan aktiviti dan inisiatif pelaburan oleh sektor awam dan swasta berhubung dengan inovasi;
(e)
menggalakkan lagi budaya inovasi dalam sektor awam, swasta dan pendidikan di Malaysia;
(f)
menasihati Kerajaan dalam perkara yang berhubungan dengan inovasi;
(g)
membuat syor yang berhubungan dengan komponen inovasi dalam projek negara strategik yang sedia ada atau yang bakal dibuat;
(h)
menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Agensi