Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 6

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Agensi termasuklah kuasa—

(a)

untuk menjalankan semua aktiviti, terutamanya aktiviti yang bersifat komersial, yang didapatinya perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

Agensi Inovasi Malaysia 11

(b)

tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk meminta maklumat mengenai perkara yang berhubungan dengan inovasi bagi mencapai pelaksanaan fungsinya; dan

(c)

tertakluk kepada subseksyen (3), untuk mengenakan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.

(3)

Apa-apa fi atau caj yang dikenakan hendaklah ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.

Majlis Tadbir Urus

Section 6 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my