Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 7

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

(b)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;

(c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan;

(d)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;

(e)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(f)

Menteri di

Jabatan

Perdana

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Unit

Perancang Ekonomi;

(g)

Ketua Pegawai Eksekutif; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

(h)

sepuluh anggota lain yang, pada pendapat Perdana

Menteri, memiliki kelayakan, pengetahuan khas atau pengalaman yang berkaitan dalam hal perkara inovasi, sains, teknologi, perniagaan, ekonomi atau dasar kerajaan.

(3)

Seorang anggota yang disebut dalam perenggan (2)(h)

hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri dan hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya, mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(4)

Seorang anggota yang disebut dalam perenggan (2)(h) layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan melebihi tiga tempoh yang berturut-turut.

Anggota silih ganti

Section 7 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my