Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(2)
Permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
56
Undang-Undang Malaysia
Akta 679
(3)
Selepas menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, selepas mendapat kelulusan badan profesional yang berkenaan terlebih dahulu, Agensi boleh—
(a)
mendaftarkan program atau kelayakan itu; atau
(b)
enggan untuk mendaftarkan program atau kelayakan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4)
Dalam menimbangkan permohonan itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh menjalankan suatu audit institusi ke atas kampus cawangan.
(5)
Selepas mendaftarkan program atau kelayakan dalam Daftar,
Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program diakredit itu hendak dijalankan atau dimajukan.
(6)
Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “kampus cawangan” ertinya suatu cawangan pemberi pendidikan tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Pembatalan pendaftaran