Malaysia legislation

Section 73

of AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007

Seksyen 73

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 57

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, atas nasihat badan profesional yang berkenaan, boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(6)

Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

(7)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 72(5)

kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan.

Section 73 — AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 | mylaw.my