Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan dengan bantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yang dijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
(3)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apa suratan, atau benda lain yang dipercayai dengan semunasabahnya menjadi atau mengandungi keterangan berhubung dengan perniagaan atau aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1).
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang disyaki digunakan oleh agensi persendirian yang tidak berlesen