Malaysia legislation

Section 12

of AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Seksyen 12

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan dengan bantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yang dijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

(3)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang dipercayai dengan semunasabahnya menjadi atau mengandungi keterangan berhubung dengan perniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun

Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Pernyataan palsu