Malaysia legislation

Section 13

of AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Seksyen 13

Jika mana-mana orang—

(a)

memberikan butir-butir yang, pada pengetahuannya, palsu atau mengelirukan tentang sesuatu perkara material, berhubung dengan sesuatu permohonan lesen di bawah seksyen 3; atau

(b)

dengan tujuan hendak mendorong Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis memberi surat kelulusan, membuat sesuatu pernyataan atau akuan yang, pada pengetahuannya, palsu atau tidak betul, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, atau mengelirukan tentang sesuatu perkara material, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.