Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Peruntukan khas berhubung dengan kesalahan boleh tangkap
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini mengehakkan sesuatu agensi persendirian berlesen untuk menyiasat berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap dan jika dalam masa perjalanan urusan atau selainnya sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya mendapat sesuatu maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap (sama ada telah dilakukan atau akan dilakukan) agensi persendirian berlesen itu atau pekerjanya itu hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada seseorang pegawai polis atau membuat laporan di balai polis yang hampir sekali.