Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Seksyen 2

Tafsiran

―anggota‖ ertinya Fellow dan Fellow kehormat Akademi;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

―Akademi‖ ertinya Akademi Sains Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

―dasar sains, kejuruteraan dan teknologi negara‖ ertinya langkah-langkah perundangan dan eksekutif yang diterima pakai oleh

Kerajaan untuk memajukan, menguruskan dan menggunakan potensi sains, kejuruteraan dan teknologi negara dengan objektif mencapai matlamat pembangunan negara keseluruhannya;

―Fellow‖ ertinya seorang Fellow yang dilantik di bawah seksyen 10

dan termasuk seorang Fellow Kanan;

―Kumpulan Wang‖ ertinya Kumpulan Wang Akademi Sains

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

―Majlis‖ ertinya Majlis Akademi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

―Menteri‖ ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi;

―mesyuarat agung Akademi‖ ertinya mesyuarat agung biasa, mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa Akademi.

Section 2 — AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994 | mylaw.my