Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Seksyen 3

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu akademi bernama

―Akademi Sains Malaysia‖ yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih

Akademi Sains Malaysia 7

daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Akademi atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.