Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Fungsi Akademi
(a)
untuk menggalakkan dan merangsang pembangunan sains, kejuruteraan dan teknologi;
(b)
untuk mengadakan forum untuk pertukaran pendapat di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi;
(c)
untuk menggalakkan kesedaran negara, pemahaman dan penghargaan akan peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam kemajuan manusia;
(d)
untuk menggalakkan daya reka ciptaan di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi;
(e)
untuk menggalakkan sifat berdikari negara dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi;
(f)
untuk bertindak sebagai forum untuk mengekalkan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 524
kesedaran di pihak Kerajaan akan pentingnya peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam proses pembangunan negara dan membawa kepada perhatian ahli sains, jurutera dan ahli teknologi akan keperluan pembangunan negara;
(g)
untuk menganalisa masalah tertentu negara dan mengenal pasti di mana sains, kejuruteraan dan teknologi dapat memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah itu dan dengan demikian itu membuat syor kepada Kerajaan;
(h)
untuk sentiasa mengambil perhatian tentang perkembangan sains, kejuruteraan dan teknologi dan mengenal pasti perkembangan itu yang relevan dengan keperluan negara dan membawa kepada perhatian
Kerajaan akan perkembangan itu;
(i)
untuk menyediakan laporan, kertas atau dokumen lain ber-hubungan dengan dasar sains, kejuruteraan dan teknologi negara dan membuat syor yang perlu kepada Kerajaan;
(j)
untuk mendayausahakan dan membiayai kajian pelbagai disiplin yang berkaitan dengan serta perlu bagi pemahaman yang lebih baik tentang implikasi sosial dan ekonomi akan sains, kejuruteraan dan teknologi;
(k)
untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dan pendidikan dan latihan tenaga manusia yang sesuai dalam bidang saintifik, kejuruteraan dan teknikal;
(l)
untuk mengadakan dan mengekalkan hubungan antara
Akademi dan badan-badan luar negeri yang mempunyai objektif yang sama atau hampir serupa dengan objektif
Akademi dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi;
(m)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan
Akademi Sains Malaysia 9
(n)
untuk melakukan apa-apa tindakan lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang dikehendaki untuk meningkatkan pemajuan sains, kejuruteraan dan teknologi di Malaysia dan kebajikan serta taraf Akademi.
Majlis Akademi