Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Seksyen 6

(a)

Presiden;

(b)

Naib Presiden;

(c)

Setiausaha Agung;

(d)

Bendahari; dan

(e)

dua belas orang anggota lain, yang kesemuanya hendaklah menjadi Fellow Akademi.

(2)

Presiden hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Menteri, yang syornya adalah dibuat selepas Menteri berunding dengan Majlis, dan presiden hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan adalah layak dilantik semula dengan syarat bahawa beliau tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi enam tahun.

(3)

Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan dua belas orang anggota lain hendaklah dipilih oleh Fellow dalam mesyuarat agung tahunan Akademi dan hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dari tarikh pemilihan dan adalah layak untuk dipilih semula ke jawatan yang sama dengan syarat bahawa mereka tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi empat tahun.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan Akademi.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Fungsi Majlis