Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
akibat terhadap diri dan keempunyaan daripada suatu perkahwinan atau penamatan perkahwinan;
(b)
hak pewarisan, sama ada berwasiat atau tidak, termasuk bahagian tetap suami atau isteri atau saudara-mara;
(c)
apa-apa tuntutan atau perintah mahkamah berkaitan dengan perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau
(b)
yang berkenaan dengan undang-undang diri pembuat amanah atau benefisiari;
(d)
tuntutan pemiutang dalam ketidaksolvenan yang tertakluk kepada peruntukan seksyen 11;
(e)
apa-apa tuntutan berkenaan dengan kesahan apa-apa pindah milik atau pelupusan harta ke dalam amanah
Labuan;
(f)
apa-apa tuntutan berkenaan dengan sifat pembuat amanah; atau
(g)
apa-apa tuntutan oleh sebab bahawa mana-mana bidang kuasa undang-undang asing menghalang atau tidak mengiktiraf konsep sesuatu amanah.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya ada apa-apa ketidakselarasan antara undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah dengan undang-undang diri pembuat amanah atau benefisiari, maka undang-undang yang sepatutnya hendaklah mengatasi undang-undang diri itu.
(3)
Jika pembuat amanah sesuatu amanah Labuan ialah pemastautin, seksyen ini hendaklah terpakai hanya setakat
Amanah Labuan 21
keselarasannya dengan mana-mana undang-undang bertulis di
Malaysia.
Amanah Labuan atau pelupusan secara fraud