Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
telah diwujudkan atau didaftarkan atau dilupuskan sedemikian oleh atau bagi pihak pembuat amanah dengan niat utama untuk memfraud pemiutang pembuat amanah itu; dan
(b)
telah, pada masa pewujudan atau pendaftaran atau pelupusan itu berlaku, menjadikan pembuat amanah itu tidak solven atau tidak mempunyai harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, dapat diselesaikan, maka pewujudan, pendaftaran atau pelupusan itu tidaklah menjadi tidak sah atau boleh batal dan amanah Labuan itu adalah bertanggungan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang daripada harta yang jika tidak kerana pewujudan, pendaftaran atau pelupusan itu akan tersedia untuk menjelaskan tuntutan pemiutang itu dan tanggungan itu hanyalah setakat kepentingan yang pembuat amanah itu ada dalam harta itu sebelum pewujudan, pendaftaran, atau pelupusan itu, dan apa-apa pertambahan harta itu, jika ada, selepas itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada sesuatu amanah Labuan yang diwujudkan atau didaftarkan atau sesuatu pelupusan telah menjadikan pembuat amanah tidak solven atau tidak mempunyai harta yang dengannya suatu tuntutan pemiutang, jika berjaya, dapat dijelaskan, hendaklah diambil kira nilai pasaran yang berpatutan bagi harta pembuat amanah itu (yang tidak merupakan harta amanah itu atau berhubungan dengan amanah itu), pada masa selepas sahaja pewujudan, pendaftaran, atau pelupusan itu, dan sekiranya nilai pasaran yang berpatutan bagi harta itu melebihi nilai tuntutan pemiutang pada masa itu, maka amanah
Labuan yang diwujudkan atau didaftarkan sedemikian atau pelupusan itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan telah tidak diwujudkan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
atau didaftarkan sedemikian, atau harta itu dilupuskan, dengan niat utama untuk memfraud pemiutang itu.
(3)
Sesuatu amanah Labuan yang diwujudkan atau didaftarkan di
Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada amanah itu tidaklah menjadi fraud terhadap seseorang pemiutang seseorang pembuat amanah—
(a)
jika pewujudan atau pendaftarannya atau pelupusan itu, berlaku selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
(b)
jika pewujudan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang terakru dan pemiutang itu gagal memulakan tindakan sedemikian sebelum habis tempoh satu tahun dari tarikh pewujudan atau pendaftaran, atau pelupusan itu.
(4)
Sesuatu amanah Labuan yang diwujudkan atau didaftarkan di
Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada amanah itu tidaklah menjadi suatu fraud terhadap pemiutang seseorang pembuat amanah jika pewujudan atau pendaftaran, atau pelupusan harta berlaku sebelum kausa tindakan pemiutang terhadap pembuat amanah itu terakru atau berbangkit.
(5)
Seseorang pembuat amanah tidak boleh dikaitkan dengan suatu niat untuk memfraud seseorang pemiutang semata-mata oleh sebab pembuat amanah itu—
(a)
telah mewujudkan atau mendaftarkan suatu amanah
Labuan atau telah melupuskan harta kepada amanah itu dalam masa dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
(b)
ialah seorang benefisiari.
(6)
Jika sesuatu amanah Labuan adalah bertanggungan untuk menyelesaikan suatu tuntutan pemiutang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tetapi tidak dapat berbuat sedemikian disebabkan oleh hakikat bahawa harta itu telah dilupuskan, selain kepada seorang pembeli bona fide dengan nilai, maka apa-apa pelupusan sedemikian adalah tidak sah.
Amanah Labuan 23
(6A)
Jika pembuat amanah sesuatu amanah Labuan ialah pemastautin, seksyen ini hendaklah terpakai hanya setakat keselarasannya dengan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, tarikh kausa tindakan terakru ialah—
(a)
tarikh perbuatan atau peninggalan yang boleh digunakan untuk membuktikan kausa tindakan sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya; dan jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau jika peninggalan itu merupakan peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
dalam hal sesuatu tindakan atas suatu penghakiman, tarikh perbuatan atau peninggalan itu, atau jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyebabkan timbulnya penghakiman itu.
(8)
Dalam seksyen ini, istilah “pemiutang” termasuklah mana-mana orang yang mengatakan ada suatu kausa tindakan.
Amanah bermaksud