Malaysia legislation

Section 11A

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 11A

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), matlamat sesuatu amanah boleh—

(a)

merupakan apa-apa bilangan orang;

(b)

apa-apa bilangan atau jenis maksud; atau

(c)

kedua-dua orang atau beberapa orang dan maksud atau maksud-maksud,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

dengan syarat bahawa maksud-maksud itu adalah sah di sisi undang-undang dan tidak berlawanan dengan dasar awam.

(3)

Sesuatu amanah bermaksud hendaklah dikuatkuasakan oleh penguat kuasa yang dilantik mengikut seksyen 11C.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), jika matlamat sesuatu amanah bermaksud termasuk seseorang, orang itu berhak untuk menguatkuasakan amanah bermaksud itu berkenaan dengan orang itu dan bukan berkenaan dengan sesuatu maksud itu.

(5)

Apa-apa surat cara yang mewujudkan atau membuktikan sesuatu amanah bermaksud boleh—

(a)

menyatakan sesuatu kejadian atau tarikh berlakunya sesuatu kejadian yang menyebabkan amanah itu terhenti menjadi suatu amanah bermaksud;

(b)

memperuntukkan bagi pelupusan harta amanah apabila amanah itu terhenti menjadi suatu amanah bermaksud;

atau

(c)

memperuntukkan bahawa, selagi amanah itu ialah suatu amanah bermaksud, pemegang amanah tidak mempunyai kewajipan—

(i)

terhadap mana-mana orang yang berhak kepada harta itu apabila amanah itu terhenti menjadi amanah bermaksud; atau

(ii)

berhubung dengan apa-apa maksud yang baginya harta itu hendaklah digunakan pada ketika itu.

Amanah khairat