Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Seseorang benefisiari sesuatu amanah boleh memberi pemegang amanah suatu surat mengenai hasratnya atau pemegang amanah boleh menyediakan suatu memorandum mengenai hasrat benefisiari itu berhubungan dengan penjalanan apa-apa fungsi yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh terma amanah itu.
(3)
Jika sesuatu amanah memihak kepada suatu kelas orang, maka seseorang anggota kelas itu boleh memberi pemegang amanah suatu surat mengenai hasratnya atau pemegang amanah itu boleh menyediakan suatu memorandum mengenai hasrat anggota itu berhubungan dengan penjalanan apa-apa fungsi yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh terma amanah itu.
(4)
Jika sesuatu surat hasrat atau memorandum hasrat diberikan kepada atau disediakan oleh pemegang amanah suatu amanah, dia boleh mengambil kira surat atau memorandum itu dalam menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya oleh terma amanah itu tetapi tidaklah bertanggungjawab dengan apa-apa cara pun bagi kegagalan atau keengganannya untuk mengambil kira surat atau memorandum itu.
(5)
Tiada kewajipan atau obligasi fidusiari boleh dikenakan ke atas pemegang amanah semata-mata oleh sebab suatu surat hasrat telah diberikan kepadanya atau dia telah menyediakan suatu memorandum hasrat.
Pelantikan pelindung