Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 35

(1A)

Mana-mana orang yang telah cukup umur dan sempurna akalnya atau mana-mana pertubuhan perbadanan, mana-mana firma, perkongsian atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, boleh dilantik sebagai pelindung.

(2)

Jika terma amanah itu menghendaki pemegang amanah mendapatkan persetujuan pelindung itu sebelum menjalankan sesuatu kuasa atau budi bicara, pelindung yang memberikan persetujuan sedemikian tidaklah dengan berbuat sedemikian boleh dianggap sebagai seorang pemegang amanah dan melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah terma-terma amanah itu, tidak boleh dipertanggungkan kepada benefisiari atau pemegang amanah bagi penjalanan kuasa secara bona fide.

(3)

Terma sesuatu amanah boleh memberikan kuasa kepada pelindung—

(a)

untuk menyingkirkan pemegang amanah dan melantik pemegang amanah yang baru atau tambahan, tetapi jika pelindung menyingkirkan suatu syarikat amanah sebagai pemegang amanah, pelindung hendaklah melantik suatu lagi syarikat amanah sebagai pemegang amanah baru bagi menggantikannya;

(b)

untuk menentukan undang-undang yang bidang kuasanya hendaklah menjadi undang-undang sepatutnya bagi amanah itu, sekiranya tidak dinyatakan dalam surat ikatan amanah oleh pembuat amanah;

(c)

untuk menukar tempat pentadbiran bagi amanah itu; dan

(d)

untuk enggan memberikan persetujuan bagi tindakan pemegang amanah yang tertentu sama ada dengan bersyarat atau tanpa bersyarat.

(4)

Pelindung sesuatu amanah boleh juga menjadi pembuat amanah atau benefisiari amanah itu.

(5)

Jika terdapat lebih daripada seorang pelindung amanah, apa-apa fungsi yang diberikan kepada pelindung itu boleh dijalankan, tertakluk kepada terma-terma amanah, oleh majoriti pelindung itu.

Amanah Labuan 47

(6)

Pelindung yang tidak setuju dengan keputusan majoriti pelindung itu boleh menghendaki ketidaksetujuannya itu direkodkan secara bertulis.

(7)

Pelindung yang menjalankan mana-mana satu atau lebih daripada kuasa yang diberikan oleh terma-terma amanah itu tidak boleh semata-mata kerana penjalanan kuasa sedemikian disifatkan sebagai pemegang amanah.

(8)

Seseorang boleh mengenakan caj saraan yang munasabah bagi perkhidmatannya sebagai pelindung melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh surat cara amanah itu.

Pewakilan kuasa oleh pemegang amanah