Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 38

(2)

Tertakluk kepada terma amanah, dan tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau tanggungan yang terdahulu yang menyentuh harta amanah itu, jika seseorang benefisiari ialah orang belum dewasa dan sama ada atau tidak kepentingannya merupakan kepentingan yang terletak hak atau kepentingan yang akan terletak hak apabila dia mencapai umur dewasa atau umur yang melebihi umur dewasa atau apabila berlaku apa-apa kejadian, pemegang amanah boleh—

(a)

mengumpulkan pendapatan yang berkaitan dengan kepentingan benefisiari itu sementara menanti dia mencapai umur dewasa atau umur yang melebihi umur dewasa atau berlakunya apa-apa kejadian itu;

(b)

membayar kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau selainnya menggunakan pendapatan atau sebahagian daripada pendapatan itu bagi penyaraan, pendidikan atau faedah lain benefisiari itu; atau

Amanah Labuan 53

(c)

mendahulukan atau menguntukkan kepada atau bagi faedah mana-mana benefisiari itu pendapatan itu atau sebahagian daripada pendapatan itu.

(3)

Resit yang diberikan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang sah seseorang benefisiari yang belum dewasa hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi pemegang amanah bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen (2).

(4)

Tertakluk kepada terma amanah dan kepada apa-apa kepentingan atau tanggungan terdahulu yang menyentuh harta amanah, pemegang amanah boleh membuat pendahuluan atau menggunakan bagi faedah benefisiari sebahagian daripada harta amanah sebelum tarikh berlakunya sesuatu kejadian yang sekiranya berlaku akan menjadikan benefisiari berhak sepenuhnya kepada harta amanah itu.

(5)

Tertakluk kepada terma amanah, pemegang amanah boleh menguntukkan harta amanah untuk atau bagi memenuhi kepentingan benefisiari dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa penilaian yang difikirkan patut oleh pemegang amanah.

(6)

Tertakluk kepada terma amanah, mana-mana bahagian harta amanah yang didahulukan, digunakan atau diuntukkan di bawah seksyen ini hendaklah diambil kira dalam menentukan dari semasa ke semasa bahagian benefisiari itu dalam harta amanah itu.

(7)

Tiada bahagian harta amanah yang didahulukan, digunakan atau diuntukkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini boleh melebihi bahagian anggapan, kontingen atau terletak hak bagi benefisiari itu dalam harta amanah itu.

Penetapan atau penyerahhakan harta amanah