Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 37

(2)

Pemegang amanah yang mewakilkan sesuatu amanah atau fungsi dengan surat kuasa wakil di bawah seksyen ini hendaklah disebut “pemberi kuasa wakil” dalam seksyen ini dan orang yang kepadanya amanah atau fungsi itu diwakilkan disebut “penerima kuasa wakil”.

(3)

Seseorang yang merupakan satu-satunya pemegang amanah bersama yang lain bagi pemberi kuasa wakil itu tidak boleh menjadi penerima kuasa wakil.

(4)

Pemberi kuasa wakil hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberian surat kuasa wakil di bawah seksyen ini, memberikan notis bertulis tentang perwakilan itu kepada—

(a)

mana-mana orang lain yang di bawah terma amanah mempunyai kuasa, sama ada berseorangan atau bersesama, untuk melantik pemegang amanah yang baru;

(b)

tiap-tiap pemegang amanah bersama; dan

(c)

dalam hal amanah berdaftar, Lembaga.

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menyatakan—

(a)

tarikh mula berkuat kuasa dan jangka masa surat kuasa wakil itu;

(b)

nama dan alamat penerima kuasa wakil itu;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(c)

sebab bagi pemberian surat kuasa wakil itu; dan

(d)

amanah atau fungsi yang diwakilkan.

(6)

Kegagalan pemberi kuasa wakil untuk mematuhi subseksyen

(4)

atau (5) tidaklah sendirinya, dengan memihak kepada orang yang berurusan dengan penerima kuasa wakil itu, menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan oleh penerima kuasa wakil itu.

(7)

Pemberi kuasa wakil adalah terikat dan bertanggungan bagi semua tindakan atau keingkaran penerima kuasa wakil yang dibuat atau yang berupa sebagai dibuat di bawah surat kuasa wakil itu seolah-olah tindakan atau keingkaran itu adalah tindakan atau keingkarannya sendiri.

(8)

Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah.

Pengumpulan, pendahuluan atau penguntukan harta amanah