Malaysia legislation
Section 46J
Seksyen 46J
(2)
Mahkamah hendaklah, sekiranya berpuas hati bahawa permohonan di bawah subseksyen (1) itu mempunyai asas yang kukuh, memberikan relief melalui—
(a)
pembuatan apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai untuk mendapatkan, dengan seberapa hampir yang boleh, hasil yang Mahkamah berpendapat patut didapati, atau yang paling mungkin boleh didapati berkenaan dengan amanah itu, syarikat itu, pengarahnya dan secara amnya jika pelanggaran itu tidak berlaku; dan
(b)
pembuatan apa-apa perintah tambahan atau bersampingan, jika ada, yang disifatkan, dalam hal keadaan kes itu, dikehendaki secara munasabah dengan mengambil kira maksud utama Bahagian ini, dengan syarat bahawa tiada perintah boleh dibuat di bawah subseksyen ini untuk menjejaskan apa-apa kepentingan mengenai harta yang telah diperoleh daripada pemegang amanah secara suci hati, bagi nilai dan tanpa notis benar atau konstruktif mengenai amanah itu, atau daripada syarikat dengan suci hati dan bagi balasan penuh, atau untuk menjejaskan apa-apa kepentingan yang diperoleh daripada kepentingan sedemikian.
(3)
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
(a)
mana-mana orang berkepentingan;
(b)
mana-mana pengarah syarikat itu; dan
(c)
mana-mana orang yang, di bawah kaedah-kaedah jawatan pengarah yang terpakai, sepatutnya menjadi pengarah jika pemegang amanah telah mematuhi obligasinya di bawah seksyen 46G.
(4)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) hingga (3), tetapi tertakluk kepada subseksyen (5), jika dalam hal suatu amanah yang terdapatnya suatu pelanggaran kewajipan atau obligasi yang dikenakan di bawah Akta ini ke atas pemegang amanahnya,
Amanah Labuan 79
pelanggaran itu hendaklah, dan boleh diambil tindakan dalam prosiding sivil, menjadi suatu pecah amanah yang boleh dianggap sebagai merujuk kepada bakal pecah amanah yang akan berlaku.
(5)
Jika prosiding sivil telah dimulakan berhubung dengan pelanggaran kewajipan atau obligasi, Mahkamah hendaklah, dalam memberikan apa-apa remedi, mengambil kira apa-apa relief yang diberikan atau yang tersedia berkenaan dengan pelanggaran atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1).
(6)
Tertakluk kepada terma-terma amanah dan kepada seksyen 46G dan 46H, jika syer yang ditetapkan dipegang atas amanah, tiada perbuatan atau peninggalan pengarah syarikat itu boleh dijadikan alasan bagi mana-mana orang untuk menuntut campur tangan oleh
Mahkamah dalam hal ehwal amanah itu.
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pelupusan