Malaysia legislation

Section 46I

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 46I

(a)

tidak boleh mengandungi suatu kewajipan tersirat untuk menjalankan kuasa itu bagi maksud memelihara atau meningkatkan nilai harta amanah itu atau untuk menimbangkan penjalanannya bagi maksud itu; dan

(b)

tidak boleh menjadikan pemegang amanah bertanggungan, akibat daripada tidak menjalankan kuasa itu, bagi kerugian daripada jenis yang disebut dalam subseksyen 46E(3).

(2)

Tertakluk kepada seksyen 46K, pemegang amanah tidak boleh, melainkan jika surat cara itu memperuntukkan selainnya, menjual atau melupuskan syer yang ditetapkan dalam pengurusan atau pentadbiran kumpulan wang amanah tanpa—

(a)

persetujuan pengarah syarikat itu atau majoriti daripada mereka jika lebih daripada satu; dan

(b)

persetujuan itu, jika ada, sebagaimana yang dijadikan kehendak oleh surat cara amanah itu.

(3)

Kuasa untuk menjual atau melupuskan syer yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara, dan atas apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang pemegang amanah, dalam bertindak atas sifat fidusiarinya, fikirkan patut.

(4)

Seksyen 48 tidak terpakai bagi amanah itu pada takat yang ia membenarkan Mahkamah untuk memberikan apa-apa kuasa menjual atau kuasa melupuskan yang lain kepada pemegang amanah.

Penguatkuasaan

Section 46I — AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996 | mylaw.my