Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada suatu transaksi, pengendalian atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-Amanah Labuan 87
undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b)
apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (a).
(2)
Jika mana-mana orang yang menjadi pengarah, pegawai atau ejen suatu syarikat amanah yang pada masa itu bertindak sebagai pemegang amanah suatu amanah—
(a)
mempunyai sebab untuk percaya bahawa amanah itu mempunyai harta atau pendapatan yang terakru padanya atau didapati olehnya dan berpunca daripada suatu transaksi, pengendalian atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang
Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b)
telah menerima atau ada dalam milikan atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang tersebut dalam perenggan
(a)
, hendaklah menjadi kewajipan orang itu membawa perkara itu dengan serta-merta kepada pengetahuan Lembaga.
(3)
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Penalti: Pemenjaraan selama lima tahun atau tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
(4)
Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan kerana melanggar subseksyen (2) hendaklah hilang kelayakan selama-lamanya untuk menjadi pengarah atau pegawai suatu syarikat amanah.
(5)
Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen
(1)
atau (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Kesalahan dan penalti am