Malaysia legislation

Section 54

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 54

(a)

melakukan apa-apa jua yang dilarang oleh atau di bawah

Akta ini;

(b)

tidak melakukan apa-apa yang dia dikehendaki melakukannya oleh atau di bawah Akta ini; atau

(c)

selainnya melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang tidak melebihi penalti yang disebut dengan nyata sebagai penalti bagi kesalahan itu, atau jika penalti tidak disebut sedemikian, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(3)

Penalti, yang berbentuk kewangan atau selainnya, yang dinyatakan dalam atau di kaki mana-mana seksyen atau sebahagian daripada suatu seksyen dalam Akta ini hendaklah menandakan bahawa kesalahan itu boleh dihukum, apabila sabit kesalahan, dengan penalti yang tidak melebihi apa yang dinyatakan sedemikian dan jika penalti itu dinyatakan terpakai bagi sebahagian seksyen itu sahaja, ia hendaklah terpakai bagi bahagian itu sahaja.

Kuasa untuk mendakwa