Malaysia legislation

Section 46

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 46

(a)

tidak mengambil semua langkah yang munasabah supaya bank itu mematuhi kehendakkehendak Akta ini dan Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 (kemudian dari ini dalam seksyen ini disebut "Ordinan itu"); atau perenggan

1, tertakluk

[Akta 359]

diutamakan

: cara yang in 37(2)(d)

atau suatu

(f)

, segala orang yang bank Islam

(b)

tidak mengambil semua langkah yang munasabah untuk mempastikan kebetulan sesuatukenyataan yang dikemukakan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau Ordinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu prosiding terhadap seseorang di bawah subseksyen (1) adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang lain telah dipertanggungkan dengan kewajipan bagi mempastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta ini atau Ordinan itu atau kewajipan bagi mempastikan bahawa kenyataan-kenyataan itu adalah tepat dan bahawa orang itu adalah layak dan boleh menunaikan kewajipan itu.

(3)

Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukum penjara bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pada pendapat Mahkamah, dia telah melakukan kesalahan itu dengan sengaja.