Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Kekebalan dan keistimewaan
(a)
ditahan, didakwa atau dihukum di Malaysia atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan, atau yang telah dilakukan, sebelum orang itu berlepas dari Negara asing yang berkenaan menurut permintaan itu;
(b)
dikenakan apa-apa guaman sivil berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan telah berlaku, atau yang telah berlaku, sebelum orang itu berlepas dari
Negara asing itu menurut permintaan itu; atau
(c)
dikehendaki memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan apa-apa perkara jenayah di Malaysia
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 21
selain perkara jenayah yang berkaitan dengan permintaan itu.
(2)
Subseksyen (1) terhenti terpakai jika—
(a)
orang itu telah meninggalkan Malaysia; atau
(b)
orang itu telah berpeluang untuk meninggalkan Malaysia dan telah terus berada di Malaysia selain bagi—
(i)
maksud yang berhubungan dengan permintaan itu;
atau
(ii)
maksud memberikan keterangan atau bantuan dalam suatu perkara jenayah di Malaysia yang diperakui oleh Peguam Negara secara bertulis sebagai suatu perkara jenayah yang mengenainya wajar orang itu memberikan keterangan atau bantuan.
(3)
Sesuatu perakuan yang diberikan oleh Peguam Negara di bawah subperenggan (2)(b)(ii) berkuat kuasa dari hari yang dinyatakan dalam perakuan itu, yang boleh merupakan suatu hari sebelum hari perakuan itu diberikan.
Batasan atas penggunaan pernyataan