Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 12

Jika seseorang berada di Malaysia menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah seksyen 9 dan orang itu telah membuat suatu pernyataan berhubung dengan perkara jenayah yang berhubungan dengan permintaan itu atau berhubung dengan suatu perkara jenayah yang diperakui oleh Peguam Negara di bawah subperenggan 11(2)(b)(ii), pernyataan itu—

(a)

tidak boleh diterima atau selainnya digunakan dalam mana-mana pendakwaan orang itu atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia (selain bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berhubung dengan pemberian keterangan itu) melainkan jika pihak

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

berkuasa yang berkenaan Negara asing itu mengizinkan penggunaannya sedemikian; dan

(b)

boleh diterima atau digunakan terhadapnya dalam mana-mana prosiding jenayah di Malaysia—

(i)

bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya; atau

(ii)

sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu, yang mengenainya keterangan lisan secara langsung olehnya boleh diterima, jika dalam memberikan keterangan itu dia membuat pernyataan yang tidak selaras dengan pernyataan itu.

Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan

Section 12 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002