Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Jika suatu Negara asing yang berkenaan dengannya tiada perintah telah dibuat di bawah seksyen 17 membuat permintaan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah di bawah Akta ini, Menteri boleh, atas syor Peguam Negara, memberikan suatu arahan khas secara bertulis bahawa Akta ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu berhubung dengan bantuan bersama yang diminta itu tertakluk pada apa-apa sekatan, had, kekecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan yang terkandung dalam arahan itu.