Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 19

Permintaan hendaklah dibuat kepada Peguam Negara

(2)

Sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui saluran diplomatik, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada Peguam Negara.

(3)

Tiap-tiap permintaan hendaklah—

(a)

menyatakan maksud permintaan itu dan jenis bantuan yang diminta;

(b)

mengenal pasti orang atau pihak berkuasa yang memulakan permintaan itu; dan

(c)

disertakan dengan—

(i)

(Dipotong oleh Akta A1709).

(ii)

suatu perihalan jenis perkara jenayah itu dan suatu pernyataan yang menyatakan ringkasan fakta dan undang-undang yang berkaitan;

(iii)

jika permintaan itu berhubungan dengan—

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

(A)

lokasi seseorang yang disyaki terlibat dalam atau telah mendapat manfaat daripada pelakuan sesuatu kesalahan berat asing; atau

(B)

pengesanan harta atau peralatan yang disyaki berkaitan dengan sesuatu kesalahan berat asing, nama, identiti, kerakyatan, lokasi atau perihalan orang itu, atau lokasi dan perihalan mengenai harta atau peralatan itu, jika diketahui, dan suatu pernyataan yang menyatakan asas untuk mengesyaki perkara yang disebut dalam subsubperenggan (A) atau (B);

(iv)

suatu perihalan kesalahan yang dengannya perkara jenayah itu berkaitan, termasuklah penalti maksimumnya;

(v)

butir-butir mengenai tatacara yang Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya diikuti oleh Malaysia dalam melaksanakan permintaan itu, termasuklah butir-butir mengenai cara dan bentuk apa-apa maklumat atau benda perlu dibekalkan kepada Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu;

(vi)

jika permintaan itu ialah bagi bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah sampingan dan prosiding kehakiman untuk memperoleh suatu perintah pelucuthakan asing belum dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu, suatu pernyataan yang menunjukkan bila prosiding kehakiman itu dijangkakan akan dimulakan;

(vii)

suatu pernyataan yang menyatakan kehendak Negara asing yang ditetapkan itu berkenaan dengan kerahsiaan permintaan itu dan sebab bagi kehendak itu;

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 27

(viii)

butir-butir mengenai tempoh yang dalamnya Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya permintaan itu ditunaikan;

(ix)

jika permintaan itu melibatkan kedatangan seseorang dari Malaysia ke Negara asing yang ditetapkan itu, butir-butir mengenai elaun yang berhak didapati oleh orang itu, dan mengenai perkiraan bagi keselamatan dan penginapan orang itu semasa orang itu berada di Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu;

(x)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki supaya disertakan bersama permintaan itu di bawah apa-apa triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan

Negara asing yang ditetapkan itu, jika ada; dan

(xi)

apa-apa maklumat lain yang boleh membantu dalam melaksanakan permintaan itu atau yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (3) tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan memberikan bantuan.

Keengganan memberikan bantuan

Section 19 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002