Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika apa-apa bahan yang dengannya perintah di bawah seksyen 23 berkaitan mengandungi maklumat yang berkandung dalam atau yang boleh dicapai melalui apa-apa kelengkapan data—
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
(a)
sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(a) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya bahan itu dikemukakan dalam bentuk yang boleh dibawa pergi dan yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami; dan
(b)
sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(b) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya capaian diberikan kepada bahan itu dalam bentuk yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami.
(3)
Seseorang itu tidak dikecualikan daripada mengemukakan atau menyediakan apa-apa benda oleh perintah di bawah seksyen 23 atas alasan bahawa—
(a)
pengemukaan atau penyediaan benda itu mungkin akan menunjukkan orang itu bersalah atau membuat orang itu boleh dikenakan penalti; atau
(b)
pengemukaan atau penyediaan benda itu akan menjadi pelanggaran suatu obligasi, sama ada yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya, oleh orang itu supaya tidak menzahirkan kewujudan isi kandungan benda itu.
(4)
Suatu perintah di bawah seksyen 23—
(a)
tidaklah memberikan apa-apa hak bagi pengemukaan, atau akses kepada, butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan
(b)
hendaklah mempunyai kuat kuasa walaupun ada apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya.
(5)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda yang dikemukakan atau yang akses kepadanya diberikan menurut perintah yang dibuat di bawah seksyen 23.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 37
(6)
Jika seorang pegawai diberi kuasa mengambil milik apa-apa benda di bawah perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 atau mengambil apa-apa gambar atau membuat apa-apa salinan benda itu menurut subseksyen (5), dia hendaklah memaklumkan Peguam
Negara dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh
Peguam Negara, dengan segera menghantar benda atau gambar atau salinan benda itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan.
(7)
Dalam seksyen ini, “kelengkapan data” ertinya apa-apa kelengkapan yang—
(a)
memproses maklumat secara automatik;
(b)
merekodkan atau menyimpan maklumat secara automatik;
(c)
boleh digunakan untuk menyebabkan supaya maklumat direkodkan, disimpan atau diproses selainnya secara automatik pada kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak;
(d)
boleh digunakan untuk mendapatkan kembali maklumat sama ada maklumat itu direkodkan atau disimpan dalam kelengkapan itu sendiri atau dalam kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak; atau
(e)
boleh digunakan untuk menjalankan mana-mana gabungan fungsi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d).
Kekebalan kerana mematuhi perintah pengemukaan