Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah di bawah subseksyen (3) berhubung dengan apa-apa benda dalam milikan sesuatu institusi kewangan hendaklah dibuat kepada Mahkamah
Tinggi sahaja.
(3)
Jika, atas suatu permohonan sedemikian, mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (4) telah dipenuhi, mahkamah boleh membuat perintah supaya orang yang didapati oleh mahkamah memiliki benda yang dengannya permohonan itu berkaitan hendaklah—
(a)
mengemukakan benda itu kepada pegawai diberi kuasa untuk dibawa pergi olehnya; atau
(b)
memberi pegawai diberi kuasa akses kepada benda itu, dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah itu atau apa-apa tempoh lain yang didapati patut oleh mahkamah.
(4)
Syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (3) ialah—
(a)
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang tertentu telah melakukan atau mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing;
(b)
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan—
(i)
adalah berkenaan dengan perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan
(ii)
tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 35
(c)
bahawa mahkamah itu berpuas hati bahawa tidaklah bercanggah dengan kepentingan awam atau mana-mana undang-undang bertulis bagi benda itu dikemukakan atau akses kepadanya diberikan.
(5)
Prosiding yang disebut dalam subseksyen (3) boleh dijalankan dengan kehadiran atau tanpa kehadiran orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada.
(6)
Tiada seorang pun yang dikehendaki oleh suatu perintah di bawah seksyen ini supaya mengemukakan atau untuk menyediakan apa-apa benda bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di sesuatu
Negara asing yang ditetapkan boleh dikehendaki mengemukakan apa-apa benda yang orang itu tidak boleh dipaksa supaya mengemukakannya dalam prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu.
(7)
Sesuatu perakuan kekebalan undang-undang asing yang diperakui dengan sewajarnya boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Peruntukan tambahan mengenai perintah pengemukaan