Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 26

Mana-mana orang yang—

(a)

tanpa alasan yang munasabah melanggar atau tidak mematuhi perintah di bawah seksyen 23; atau

(b)

dengan berupa sebagai mematuhi perintah sedemikian, mengemukakan atau menyediakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa bahan yang diketahui oleh orang itu adalah palsu atau mengelirukan dari segi matan tanpa—

(i)

menunjukkan kepada pegawai diberi kuasa itu bahawa bahan itu adalah palsu atau mengelirukan dan bahagian bahan itu yang palsu atau mengelirukan;

atau

(ii)

memberikan maklumat yang betul kepada pegawai diberi kuasa jika orang itu memiliki, atau dapat dengan semunasabahnya memperoleh, maklumat yang betul, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 39

Permintaan bagi kehadiran orang di Negara asing yang ditetapkan

Section 26 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002