Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 27

(2)

Peguam Negara boleh membantu membuat perkiraan bagi kedatangan seseorang itu ke Negara asing yang ditetapkan itu menurut suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) jika

Peguam Negara berpuas hati bahawa—

(a)

permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu yang melibatkan suatu kesalahan berat asing;

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang berkenaan dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan perkara jenayah itu;

(c)

orang yang berkenaan telah dengan rela hati bersetuju untuk hadir sebagaimana yang diminta; dan

(d)

pihak berkuasa yang berkenaan telah memberikan aku janji yang memadai berkenaan dengan perkara yang disebut dalam subseksyen (3).

(3)

Perkara yang berhubungan dengannya aku janji hendaklah diberikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan ialah—

(a)

bahawa orang itu tidak boleh—

(i)

ditahan, didakwa atau dihukum atas apa-apa kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang dikatakan telah dilakukan, atau

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

yang telah dilakukan, sebelum orang itu berlepas dari

Malaysia;

(ii)

dikenakan apa-apa guaman sivil berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan orang itu yang dikatakan telah berlaku, atau yang telah berlaku, sebelum orang itu berlepas dari Malaysia; atau

(iii)

dikehendaki memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan apa-apa perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu selain perkara jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, melainkan jika orang itu telah meninggalkan Negara asing yang ditetapkan itu atau orang itu telah berpeluang untuk meninggalkan Negara asing yang ditetapkan itu dan telah terus berada di Negara asing yang ditetapkan itu selain bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan perkara jenayah yang berkaitan dengan permintaan itu;

(b)

bahawa apa-apa keterangan yang diberikan oleh orang itu dalam prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, jika ada, tidak boleh diterima atau selainnya tidak akan dibenarkan digunakan dalam pendakwaan orang itu atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, selain bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berhubung dengan pemberian keterangan itu;

(c)

bahawa orang itu akan dikembalikan ke Malaysia mengikut perkiraan yang dipersetujui oleh Peguam Negara; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Peguam

Negara.

(4)

Jika, menurut seksyen ini, pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan meminta bantuan Peguam

Negara dalam membuat perkiraan bagi kehadiran mana-mana orang di Negara asing yang ditetapkan itu, orang yang dengannya permintaan itu berkaitan tidak boleh dikenakan apa-apa penalti atau

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 41

liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk bersetuju untuk hadir sebagaimana yang diminta.

Permintaan bagi kehadiran banduan atau orang di bawah tahanan

Section 27 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002