Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
seorang banduan mengikut pengertian seksyen 2 Akta
Penjara 1995 [Akta 537]; atau
(b)
seseorang orang yang sedang ditahan dalam suatu institusi yang ditetapkan,
Peguam
Negara boleh membantu membuat perkiraan bagi pemindahan orang itu ke dalam jagaan seorang pegawai Negara asing yang ditetapkan itu bagi maksud membawa orang itu dari Malaysia ke Negara asing yang ditetapkan itu dan, selepas itu, ditahan di Negara asing yang ditetapkan itu di bawah jagaan pihak berkuasa yang sah di Negara asing yang ditetapkan itu dan dibawa dari semasa ke semasa di bawah jagaan ke hadapan pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu yang di hadapannya dia dikehendaki hadir sebagai saksi.
(2)
Sebaik sahaja kehadirannya tidak lagi dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu yang di hadapannya dia dikehendaki hadir, orang itu hendaklah dibawa dalam jagaan seorang pegawai Negara asing yang ditetapkan itu ke Malaysia dan dikembalikan ke dalam jagaan seorang pegawai Malaysia yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengambilnya ke dalam jagaan dan dia hendaklah, selepas itu, terus menjalani pemenjaraan atau tahanan yang dijalaninya sebelum pemindahan jagaannya di bawah subseksyen (1).
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
(3)
Tempoh orang itu berada di bawah jagaan asing di bawah seksyen ini hendaklah diambil kira dalam mengira tempoh pemenjaraan atau tahanan orang itu di Malaysia.
(4)
Tiada pemindahan di bawah subseksyen (1) boleh dilakukan melainkan jika pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu memberikan aku janji—
(a)
untuk menanggung dan bertanggungjawab bagi segala belanja pemindahan jagaan itu;
(b)
untuk menahan orang itu di bawah jagaan sah sepanjang pemindahan jagaannya; dan
(c)
untuk mengembalikannya ke dalam jagaan Malaysia sebaik sahaja kehadirannya di hadapan pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu tidak lagi dikehendaki.
Jagaan orang dalam perjalanan