Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan anak guamnya atau mana-mana orang yang mewakili anak guamnya yang dibuat berkaitan dengan pemberian nasihat undang-undang kepada anak guamnya;
(b)
perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan anak guamnya atau mana-mana orang yang mewakili anak guamnya, atau antara peguam bela dan peguam cara itu atau anak guamnya atau mana-mana wakil sedemikian dengan mana-mana orang lain, yang dibuat berkaitan dengan, atau pada menjangkakan, prosiding kehakiman dan bagi maksud prosiding itu; dan
(c)
butiran yang disertakan dengan atau disebut dalam perhubungan itu dan dibuat—
(i)
berkaitan dengan pemberian nasihat undang-undang;
atau
(ii)
berkaitan dengan atau pada menjangkakan prosiding kehakiman dan bagi maksud prosiding itu, apabila butiran itu berada dalam milik seseorang yang berhak untuk memilikinya, tetapi tidak termasuk, dalam apa-apa keadaan, apa-apa perhubungan atau benda yang dipegang dengan tujuan untuk melaksanakan suatu maksud jenayah;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan sesuatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 9
peraturan-peraturan itu bagi orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan;
“harta” ertinya tiap-tiap jenis harta alih atau tak alih, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia dan sama ada yang ketara atau tidak ketara dan termasuklah sesuatu kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih itu;
“hasil jenayah” ertinya mana-mana harta yang disyaki, atau didapati oleh mahkamah, sebagai harta yang secara langsung atau tidak langsung diperoleh atau direalisasikan akibat pelakuan sesuatu kesalahan atau sebagai merupakan nilai harta dan faedah lain yang diperoleh daripada pelakuan sesuatu kesalahan;
“institusi kewangan” ertinya—
(a)
suatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
suatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
seorang pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan
Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731];
(e)
seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
(f)
suatu depositori pusat di bawah Akta Perindustrian Sekuriti
(Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];
(g)
seorang pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti berlesen
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 [Akta 704]; dan
(h)
seorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705];
“kesalahan berat” ertinya—
(a)
suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; atau
(b)
apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a);
“kesalahan berat asing” ertinya suatu kesalahan—
(a)
terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; dan
(b)
yang terdiri daripada atau termasuk aktiviti yang, sekiranya berlaku di Malaysia, akan merupakan suatu kesalahan berat;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang;
“Negara asing” ertinya mana-mana negara atau wilayah di luar
Malaysia;
“Negara asing yang ditetapkan” ertinya sesuatu Negara asing yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 17(1), sebagai suatu Negara asing yang
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 11
ditetapkan atau suatu Negara asing yang berkenaan dengannya
Menteri telah mengeluarkan suatu arahan khas di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
(a)
mana-mana pegawai polis;
(b)
mana-mana pegawai kastam;
(c)
mana-mana pegawai imigresen;
(d)
mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia; dan
(e)
mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Peguam
Negara;
“penyiasatan jenayah” ertinya suatu penyiasatan—
(a)
mengenai suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b)
bagi maksud suatu perkara jenayah sampingan;
“perakuan kekebalan undang-undang asing” ertinya perakuan yang diberikan, atau perisytiharan yang dibuat, oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan atau di bawah undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan, yang memperakui atau mengisytiharkan bahawa, di bawah undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, orang secara am atau orang tertentu boleh atau tidak boleh, sama ada secara am atau dalam prosiding tertentu dan sama ada secara am atau dalam hal keadaan tertentu, dikehendaki—
(a)
supaya menjawab suatu soalan tertentu; atau
(b)
supaya mengemukakan suatu benda tertentu;
“peralatan” ertinya—
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
(a)
apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing; atau
(b)
apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar
Malaysia;
“perintah” termasuklah dekri, arahan atau penghakiman, atau mana-mana bahagiannya, walau bagaimana sekalipun diperihalkan;
“perintah pelucuthakan” ertinya perintah yang dibuat di Malaysia bagi pelucuthakan harta atau peralatan berkenaan dengan suatu kesalahan berat;
“perintah pelucuthakan asing” ertinya perintah yang dibuat oleh mahkamah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan untuk mendapatkan, melucuthakkan atau merampas—
(a)
bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan sesuatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang merupakan suatu kesalahan berat asing, atau nilai bayaran atau ganjaran itu;
(b)
harta yang diperoleh atau direalisasikan, secara langsung atau tidak langsung, daripada bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan sesuatu kesalahan sedemikian, atau nilai harta itu; atau
(c)
peralatan atau nilai peralatan itu;
“perkara jenayah” ertinya, berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
suatu penyiasatan jenayah;
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 13
(b)
prosiding jenayah; atau
(c)
suatu perkara jenayah sampingan;
“perkara jenayah sampingan” ertinya—
(a)
penyekatan urusan dengan, atau penyitaan, pelucuthakan atau perampasan, harta atau peralatan yang berkaitan dengan suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b)
pemerolehan, penguatkuasaan atau penunaian suatu perintah pelucuthakan atau suatu perintah pelucuthakan asing, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pihak berkuasa yang berkenaan”, berhubung dengan sesuatu
Negara asing, ertinya seseorang orang atau sesuatu pihak berkuasa yang Peguam Negara berpuas hati diberi kuasa di bawah undang-undang Negara asing itu—
(a)
dalam hal sesuatu permintaan kepada Malaysia oleh Negara asing itu bagi bantuan dalam perkara jenayah, untuk membuat permintaan itu; atau
(b)
dalam hal sesuatu permintaan kepada Negara asing itu oleh
Malaysia bagi bantuan dalam perkara jenayah, untuk menerima permintaan itu;
“premis” termasuklah—
(a)
sesuatu struktur (sama ada boleh alih atau tidak atau di luar pesisir atau tidak), bangunan, khemah, kenderaan, kenderaan air, hoverkraf atau pesawat terbang;
(b)
sesuatu tempat (sama ada dipagari atau tidak atau dibangunkan di atasnya atau tidak); dan
(c)
bahagian daripada mana-mana premis (termasuklah premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a) atau (b));
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
“prosiding jenayah” ertinya perbicaraan seseorang bagi suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuklah mana-mana prosiding bagi menentukan sama ada seseorang yang tertentu patut dibicarakan bagi kesalahan itu;
“proses” termasuklah apa-apa saman, waran, perintah atau dokumen lain berkenaan dengan sesuatu perkara jenayah yang dikeluarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atau oleh mana-mana Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau
Majistret atau oleh Pendaftar atau Timbalan Pendaftar atau
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi atau oleh
Pendaftar Mahkamah Rendah; atau
(b)
oleh mana-mana mahkamah suatu Negara asing atau oleh mana-mana hakim, majistret atau pegawai mahkamah sedemikian;
“urusan”, berhubung dengan mana-mana harta, termasuklah—
(a)
menerima atau memperoleh harta itu;
(b)
merahsiakan atau menyembunyikan harta itu (sama ada dengan merahsiakan atau menyembunyikan sifat, sumber, lokasi, pelupusan, pergerakan atau pemunyaannya atau apa-apa hak berkenaan dengannya atau selainnya);
(c)
melupuskan atau mengubah harta itu;
(d)
membawa harta itu ke dalam atau mengalihkan harta itu dari
Malaysia;
(e)
menggunakan harta itu untuk meminjam wang, atau sebagai cagaran (sama ada melalui suatu gadaian, gadai janji atau sandaran atau selainnya); atau
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 15
(f)
jika suatu hutang kena dibayar kepada orang yang memegang harta itu, membuat bayaran kepada mana-mana orang untuk mengurangkan amaun hutang itu.
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
sesuatu sebutan tentang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang—
(i)
sesuatu wilayah Negara asing itu; dan
(ii)
sesuatu kapal atau pesawat terbang yang dipunyai oleh, atau yang didaftarkan di, Negara asing itu; dan
(b)
sesuatu sebutan tentang undang-undang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang undang-undang yang sedang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Negara asing itu.
(3)
Bagi maksud Akta ini, prosiding kehakiman di sesuatu Negara asing yang ditetapkan—
(a)
dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa ke mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing;
(b)
diselesaikan apabila berlaku mana-mana daripada peristiwa yang berikut:
(i)
penghentian prosiding itu;
(ii)
pembebasan defendan;
(iii)
pembatalan sabitan defendan bagi kesalahan itu;
(iv)
pemberian pengampunan berkenaan dengan sabitan defendan bagi kesalahan itu;
(v)
mahkamah menjatuhkan hukuman atau selainnya memperlakukan defendan berkenaan dengan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
sabitannya bagi kesalahan itu tanpa membuat perintah pelucuthakan asing;
(vi)
penunaian suatu perintah pelucuthakan asing yang dibuat dalam prosiding itu, sama ada dengan pembayaran amaun yang kena dibayar di bawah perintah itu, dengan defendan menjalani pemenjaraan kerana ingkar, dengan mendapatkan semua harta atau peralatan yang boleh didapatkan atau selainnya.
Tujuan Akta