Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 3

Tujuan Akta ini ialah bagi Malaysia memberikan dan memperoleh bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah, termasuklah—

(a)

memberikan dan memperoleh keterangan dan benda;

(b)

membuat perkiraan bagi orang memberikan keterangan, atau membantu dalam penyiasatan jenayah;

(c)

mendapatkan, melucuthakkan atau merampas harta atau peralatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing;

(d)

menyekat urusan mengenai harta, atau membekukan harta, yang boleh didapatkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing;

(e)

melaksanakan permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan;

(f)

mencari dan mengenal pasti saksi dan orang yang disyaki;

(g)

menyampaikan proses;

(h)

mengenal pasti atau mengesan hasil jenayah dan harta dan peralatan yang didapatkan daripada atau yang digunakan

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 17

dalam pelakuan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing;

(i)

mendapatkan penalti kewangan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; dan

(j)

memeriksa benda dan premis.

Akta tidak mengehadkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa, dsb.

Section 3 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002