Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 31

(a)

membantu menguatkuasakan dan menunaikan suatu perintah pelucuthakan asing yang dibuat dalam mana-mana prosiding kehakiman yang dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu terhadap harta atau peralatan yang dipercayai dengan munasabahnya terletak di Malaysia; atau

(b)

jika suatu perintah pelucuthakan asing boleh dibuat dalam prosiding kehakiman yang telah atau akan dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu, membantu menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan yang dipercayai dengan munasabahnya terletak di Malaysia dan yang terhadapnya perintah itu boleh dikuatkuasakan atau yang ada untuk menunaikan perintah itu.

(2)

Apabila suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1)

diterima, Peguam Negara boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), bertindak atau memberi kuasa bagi tindakan diambil di bawah seksyen 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44; atau

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), bertindak atau memberi kuasa bagi tindakan diambil di bawah peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44, dan dalam hal itu seksyen 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

Pendaftaran perintah pelucuthakan asing

Section 31 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002