Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan yang disebut dalam subseksyen (1), mendaftarkan perintah pelucuthakan asing itu jika
Mahkamah Tinggi berpuas hati—
(a)
bahawa perintah itu sedang berkuat kuasa dan tidak tertakluk pada rayuan selanjutnya di Negara asing yang ditetapkan itu;
(b)
jika orang yang terjejas oleh perintah itu tidak hadir dalam prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu, bahawa orang itu telah menerima notis tentang prosiding itu dalam masa yang mencukupi bagi membolehkan orang itu membuat pembelaan dalam prosiding itu; dan
(c)
bahawa penguatkuasaan perintah itu di Malaysia tidak bercanggah dengan kepentingan keadilan.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), Mahkamah Tinggi hendaklah mengambil kira perakuan yang disebut dalam seksyen 34 jika dikemukakan.
(4)
Mahkamah Tinggi hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu perintah pelucuthakan asing jika didapati oleh Mahkamah
Tinggi bahawa perintah itu telah ditunaikan dengan pembayaran amaun yang kena dibayar di bawahnya atau dengan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat menjalani hukuman pemenjaraan kerana ingkar membayar atau dengan cara lain.
(5)
Jika suatu amaun wang, jika ada, yang kena dibayar atau yang masih belum dibayar di bawah suatu perintah pelucuthakan asing yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia, amaun itu hendaklah, bagi maksud apa-apa tindakan yang diambil berhubung dengan perintah itu, ditukarkan kepada mata wang Malaysia berdasarkan kadar pertukaran semasa Bank pada tarikh perintah itu didaftarkan.
(6)
Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh Bank dan yang menyatakan kadar pertukaran semasa pada suatu tarikh tertentu hendaklah diterima dalam
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
mana-mana prosiding kehakiman sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan itu.
(7)
Dalam seksyen ini, “rayuan” termasuklah—
(a)
apa-apa prosiding sebagai melepaskan atau mengetepikan sesuatu penghakiman; dan
(b)
sesuatu permohonan bagi perbicaraan baru atau penggantungan pelaksanaan.
Bukti perintah, dsb. Negara asing yang ditetapkan