Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 berhubung dengan apa-apa benda di premis itu tidak dipatuhi; atau
(b)
syarat-syarat dalam subseksyen (2) telah dipenuhi.
(2)
Syarat-syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah—
(a)
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang yang dinyatakan dalam permintaan itu telah melakukan atau telah mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing;
(b)
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan—
(i)
adalah berkenaan dengan perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan
(ii)
tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan
(c)
bahawa mahkamah berpuas hati bahawa tidaklah bertentangan dengan kepentingan awam jika waran itu dikeluarkan.
(3)
Waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah dalam waran itu.
Kuasa tambahan orang yang melaksanakan waran geledah, dsb.