Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 35

(2)

Jika, apabila suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, Peguam Negara berpuas hati bahawa—

(a)

permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkenaan dengan suatu kesalahan berat asing; dan

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permintaan itu berkaitan adalah berhubungan dengan perkara jenayah itu dan terletak di Malaysia,

Peguam Negara, atau seorang pegawai diberi kuasa yang diarahkan olehnya, boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu waran di bawah seksyen 36 berkenaan dengan premis yang ditentukan oleh Peguam Negara.

(3)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran yang disebut dalam seksyen 36 berkenaan dengan apa-apa benda dalam milikan sesuatu institusi kewangan hendaklah dibuat kepada Mahkamah

Tinggi.

(4)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran yang disebut dalam seksyen 36 hendaklah menyatakan dengan butir-butir yang mencukupi benda yang dalam milikan sesuatu institusi kewangan.

Waran geledah

Section 35 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002