Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 39

(2)

Apabila suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

diterima, Peguam Negara boleh membenarkan secara bertulis pemberian bantuan mengikut seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu; dan

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang dengannya permintaan itu berkaitan—

(i)

terlibat dengan atau mungkin terlibat dengan, atau dapat memberikan atau membekalkan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan, perkara jenayah itu;

dan

(ii)

berada di Malaysia.

(3)

Jika, berhubung dengan sesuatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Peguam Negara membenarkan pemberian bantuan mengikut seksyen ini,

Peguam

Negara hendaklah mengemukakan permintaan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia.

(4)

Pihak berkuasa yang berkenaan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah sedaya upayanya mencari atau mengenal pasti dan mencari, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang yang dengannya permintaan itu berkaitan dan hendaklah memaklumkan

Peguam Negara tentang hasil tindakan yang diambil.

(5)

Apabila maklumat sedemikian diterima, Peguam Negara hendaklah memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu.

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 53

Bantuan dalam penyampaian proses

Section 39 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002