Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 40

(2)

Apabila suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

diterima, Peguam Negara boleh membenarkan penyampaian proses itu mengikut seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu;

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang kepadanya proses itu perlu disampaikan berada di Malaysia;

(c)

Negara asing yang ditetapkan itu telah mengemukakan maklumat yang mencukupi tentang akibat kegagalan untuk mematuhi proses sedemikian; dan

(d)

jika permintaan itu berkaitan dengan penyampaian suatu saman supaya hadir sebagai saksi di Negara asing yang ditetapkan itu, Negara asing yang ditetapkan itu telah memberi aku janji bahawa orang itu tidak akan dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk menerima atau mematuhi saman itu, walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam saman itu.

(3)

Jika penyampaian dibenarkan di bawah subseksyen (2),

Peguam Negara boleh, atas permintaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan, membuat perkiraan bagi penyampaian proses yang berhubungan dengan perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu di Malaysia.

(4)

Tanpa mengehadkan cara penyampaian proses di sesuatu

Negara asing yang ditetapkan boleh dibuktikan di Malaysia,

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

penyampaian proses itu boleh dibuktikan melalui afidavit orang yang menyampaikan proses itu.

Penalti tidak boleh dikenakan bagi kegagalan mematuhi saman

Section 40 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002