Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Bagi mengelakkan keraguan―
(a)
apa-apa sebutan mengenai harta yang Lembaga berhak kepada, ialah suatu sebutan mengenai tanah dan hak dalam tindakan Lembaga sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain; dan
(b)
apa-apa sebutan mengenai hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepada, adalah suatu sebutan mengenai hak yang Lembaga berhak kepada atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, liabiliti yang
Lembaga tertakluk kepada, sama ada di bawah undang-undang Malaysia atau mana-mana negara di luar Malaysia dan termasuklah hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah pinjaman yang diperdapatkan.
(3)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang dipindahkan melalui subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh pemindahan, di bawa guaman ke atasnya, didapatkan kembali atau
Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 7
dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang pemindahan yang dibuat oleh subseksyen itu.
(4)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang dipindahkan melalui subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh pemindahan, di bawa guaman ke atasnya, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya dipindahkan oleh seksyen ini tentang pemindahan sedemikian.
(5)
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada syarikat pada tarikh pemindahan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti