Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
kepada Perbadanan; atau
(b)
kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti syarikat itu berikutan dengan untukan permulaan sekuriti kepada Perbadanan.
(2)
Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa bila syarikat pengganti telah terhenti dipunyai secara keseluruhannya oleh Kerajaan Malaysia.
(3)
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, mengenai untukan, sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri Kewangan.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 448
________________________________________________________
*CATATAN— Akta Elektrik 1949 [Akta 116] telah dimansuhkan oleh Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] -Lihat subseksyen 56(1) Akta 447.
(4)
Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―
(a)
hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan
(b)
hendaklah diterbitkan sebagai syer dibayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.
(5)
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak pada sekuriti yang diuntukkan kepada
Perbadanan menurut seksyen ini.
(6)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Syer yang dipegang di bawah subseksyen 17(1) *Akta Elektrik 1949