Malaysia legislation

Section 11

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 11

(2)

Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberi notis yang menyatakan, dengan sepenuhnya dan setepatnya yang mungkin, jenis dan takat tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan

Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak

Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan—

(a)

dalam hal tanah beri hakmilik, kepada pemunya atau penduduk;

(b)

dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir

Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah atas perbelanjaan pemegang lesen, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa dalam Negeri di mana tanah itu terletak.

Bekalan Elektrik 31

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari selepas penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberi notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen.

(5)

Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).

(6)

Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditentukan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah

Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.

(7)

Apabila tamatnya siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk pada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut.

(8)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian mana-mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).

(9)

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 447

(10)

Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar—

(a)

apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3); atau

(b)

apabila dikemukakan kepadanya salinan asal perintah yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku bagi perintah itu disimpankan dengannya, hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah Negeri