/akn/my/act/act/1990/447

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1990
Last amended
2025
Sections
61
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 is Malaysia Act, cited as Act 447 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1 September 1990, P.U. (B) 494/1990] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990

dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

*(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; walau bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.

*CATATAN—Pemakaian keseluruhan Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] digantung di Negeri

Sarawak berkuat kuasa dari 1 September 1990-lihat P.U. (A) 272/1990.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 447

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau anggota badan manusia kerana renjatan, terbakar, atau kecederaan lain dan termasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan elektrik;

“cedera parah” dan “cedera” masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan [Akta 574];

“dengan curang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan;

“ditebat” ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan penebat;

“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 53;

“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;

“faktor kuasa” ertinya nisbah kuasa aktif pada kuasa ketara;

“hidup” atau “bertenaga”, apabila dipakai bagi sesuatu sistem atau mana-mana bahagian sesuatu sistem, ertinya bahawa voltan wujud di antara apa-apa konduktor dengan bumi atau di antara mana-mana konduktor dengan konduktor lain dalam sistem itu;

“infrastruktur bekalan elektrik” ertinya—

(b)

talian bekalan utama dan talian bekalan;

Bekalan Elektrik 11

Suggest a correction

(c)

pencawang bagi penukaran, pengubahan atau pengawalan elektrik;

Suggest a correction

(d)

kelengkapan bagi pemeteran, pemantauan atau pengawalan elektrik; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa dawai, kelengkapan dan laluan termasuk terowong dan lubang atau lain-lain yang digunakan bagi, atau berkaitan dengan, penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau pembekalan elektrik, pemegang lesen;

“jana kuasa” ertinya mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik;

“jualan” ertinya aktiviti membekal dan menjual elektrik kepada pengguna akhir;

“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana kuasa dan/atau membekalkan elektrik;

“kelengkapan” termasuklah apa-apa barang bagi maksud seperti penjanakuasaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik atau komunikasi seperti mesin, pengubah, radas, alat penyukat, peranti pelindung, bahan pendawaian, aksesori, produk elektrik, kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas;

“kelengkapan elektrik pengguna” ertinya suatu perkakas, produk, dawai, peranti, aksesori atau apa-apa bahagiannya, yang menggunakan elektrik bervoltan rendah yang—

Suggest a correction

(b)

tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya;

“kerja elektrik” ertinya apa-apa kerja yang dilaksanakan atau yang dijalankan pada suatu pepasangan elektrik dan termasuklah pemasangan, pembinaan, pendirian atau pembaikan, pengubahan struktur, penggantian mana-mana bahagiannya, penambahan

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 447

apa-apa bahagian padanya atau penjalanan apa-apa kerja bagi maksud penyenggaraannya, tetapi tidak termasuk kerja berhubung dengan—

Suggest a correction

(a)

pengilangan suatu pepasangan elektrik atau pemasangan dalam proses, atau berkaitan dengan, pengilangannya bagi maksud menghasilkan barang baru; atau

Suggest a correction

(b)

peminyakan, penggrisan, pembersihan atau pengecatan suatu pepasangan elektrik;

“keselamatan awam” ertinya penghindaran bahaya kepada orang awam, kepada harta awam dan kepada lebuh, rel keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, kerja gas dan perlengkapan serta talian telegraf, talian telefon dan talian pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

“keselamatan diri” ertinya penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Suruhanjaya;

“komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];

“konduktor” ertinya konduktor elektrik yang diatur supaya bersambung secara elektrik dengan sesuatu sistem;

“kualiti kuasa” ertinya ciri-ciri elektrik pada titik yang diberikan pada suatu sistem elektrik, yang dinilaikan dengan membandingkannya dengan suatu set parameter rujukan teknikal seperti magnitud voltan dan arus, frekuensi atau bentuk gelombang;

“lampu awam” ertinya lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau tempat awam yang lain;

“lebuh” termasuklah apa-apa laluan, jalan, lorong, rua, medan, lapangan, gang, tempat lalu atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang di atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang dan juga laluan jalan dan laluan jalan kaki di atas mana-mana jambatan awam;

Bekalan Elektrik 13

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan termasuklah apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa sebelum pemasyhuran

Akta ini;

“mati”, apabila dipakai bagi apa-apa sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem, ertinya sistem itu tidak hidup atau bertenaga;

“mengasingkan” ertinya mengenal pasti dan memencilkan aktiviti, aset, kos, hasil dan obligasi perkhidmatan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal daripada pemegang lesen yang disebut masing-masing dalam seksyen 22a dan 22b melalui pemisahan perakaunan, kewangan atau perundangan atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk memastikan pengurusan

Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal boleh bertindak secara bebas daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen dan untuk memudahkan persaingan yang berkesan dan meningkatkan ketelusan dalam pengendalian sistem kuasa;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;

“meter” ertinya apa-apa perkakas, alat, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud mengukur dan merekodkan jumlah tenaga elektrik atau permintaan maksimum atau faktor kuasa atau mana-mana gabungannya;

“motor” ertinya motor daripada apa-apa jenis bagi mengubah tenaga elektrik kepada tenaga mekanik;

“orang diberi kuasa” ertinya orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya sesuatu pepasangan, atau oleh seorang kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas tertentu yang bersampingan dengan penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan elektrik:

Dengan syarat bahawa orang tersebut memiliki kelayakan yang ditetapkan bagi orang yang melaksanakan tugas itu, atau jika tiada kelayakan ditetapkan, adalah kompeten bagi maksud dia diambil kerja dan beban membuktikan kekompetenan terletak pada majikan;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 447

“orang kompeten” ertinya orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Menteri bagi maksud Akta ini;

“Pembeli Tunggal” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22b(1)

bertanggungjawab bagi pengurusan pemerolehan elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, yang termasuklah perancangan, penjadualan, pemerolehan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;

“pemegang lesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

“penebat”, apabila digunakan sebagai kata sifat untuk mencirikan apa-apa bahan, ertinya penebat daripada sekian saiz, kualiti dan binaan yang, mengikut hal keadaan, dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap bahaya;

“Pengendali Sistem” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22a(1)

bertanggungjawab bagi jaminan sistem, perancangan pengendalian, penghantaran unit jana kuasa, pengendalian masa nyata dan pengawalan sistem kuasa dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];

“penggerak utama” ertinya mesin yang membekalkan tenaga mekanik ke jana kuasa;

*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] telah disemak dan dinamakan sebagai

Kanun Tanah Negara [Akta 828] m.b.p 15 Oktober 2020.

Bekalan Elektrik 15

“pengguna” ertinya orang yang dibekalkan dengan elektrik atau yang premisnya pada masa ini disambungkan bagi maksud pembekalan elektrik oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;

“pengubahan” ertinya pengubahan voltan daripada voltan rendah kepada voltan yang lebih tinggi atau sebaliknya;

“Pentadbir Tanah Daerah” mempunyai erti yang diberi kepada

“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara dan erti

“Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]

dan bagi Negeri Sarawak, “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun

Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81];

“penukaran” ertinya penukaran arus ulang-alik kepada arus terus atau sebaliknya melalui cara statik atau dinamik;

“pepasangan” ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan atau penggunaan elektrik, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan, infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik domestik dan bukan domestik dan radas penggunaan, jika ada;

“pepasangan awam” ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan elektrik kepada mana-mana orang selain pemegang lesen:

Dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh menggunakan elektrik bagi maksudnya sendiri jika penggunaan itu selaras dengan terma lesen;

“pepasangan persendirian” ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan elektrik kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorang pengguna, yang mengambil elektrik daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 447

“pihak berkuasa bekalan” ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk menjanakuasakan dan/atau membekalkan elektrik;

“pihak pengurusan” ertinya orang yang pada masa ini ditugaskan menjaga sesuatu pepasangan;

“produk elektrik” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti atau perkakas selain kelengkapan elektrik pengguna;

“rangkaian pengagihan elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal di bawah 66 kilovolt pada talian atau kabel elektrik, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pengagihan elektrik tanpa mengira sama ada loji jana kuasa bersambung dengan sistem itu;

“rangkaian penghantaran elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal 66 kilovolt dan ke atas pada talian bekalan utama atau kabel, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan yang digunakan bagi menyalurkan elektrik—

Suggest a correction

(a)

dari suatu stesen jana kuasa ke suatu pencawang;

Suggest a correction

(b)

dari satu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain;

Suggest a correction

(d)

ke atau dari mana-mana titik saling hubungan; atau

Suggest a correction

(e)

ke pengguna akhir;

“sesalur” ertinya talian bekalan yang menerusinya elektrik dibekalkan atau boleh dibekalkan, sama ada talian itu sedang digunakan atau tidak;

“sistem” ertinya sistem elektrik yang di dalamnya semua konduktor dan kelengkapan disambungkan secara elektrik atau magnet;

Bekalan Elektrik 17

“sistem kuasa” ertinya sesuatu sistem gabungan yang terdiri daripada suatu rangkaian penghantaran elektrik, rangkaian pengagihan elektrik dan stesen jana kuasa yang bersambung dengan rangkaian penghantaran elektrik itu dan termasuklah sebahagian daripada sistem itu;

“stesen jana kuasa” ertinya mana-mana stesen bagi penjanakuasaan elektrik, termasuk apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu, serta tapaknya, dan termasuklah tapak yang dicadangkan untuk digunakan bagi suatu stesen jana kuasa, tetapi tidak termasuk mana-mana stesen bagi pengubahan, penukaran, atau pengagihan elektrik;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;

“talian aerial” ertinya talian bekalan elektrik yang ditempatkan di atas paras bumi dan di tempat terbuka, dan termasuklah talian perkhidmatan;

“talian bekalan” ertinya konduktor atau konduktor-konduktor atau kaedah lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan elektrik, berserta dengan apa-apa selonsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang mengepungi, mengelilingi atau menopangi konduktor atau kaedah itu atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang bersambung dengannya bagi maksud mengubah, menyampai, menghantar atau mengagihkan elektrik;

“talian bekalan utama” ertinya mana-mana talian bekalan voltan tinggi yang atau voltan amat tinggi bagi menghantar elektrik daripada suatu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain atau ke pencawang dan termasuklah apa-apa bangunan atau bahagian suatu bangunan yang digunakan berkaitan dengan talian bekalan sedemikian;

“tanah Negeri” tidak termasuk tanah rizab dan tanah beri hakmilik;

“tanah rizab” ertinya tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab keretapi dan hutan simpan;

“timbang tara” ertinya timbang tara di bawah dan mengikut seksyen 36.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 447

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

PERJAWATAN

Bahagian III

Bahagian III

FUNGSI, TUGAS DAN KUASA SURUHANJAYA

Suggest a correction

Fungsi dan tugas

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti yang berikut:

(a)

untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard pembekalan dan perkhidmatan, standard prestasi dan standard kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya;

Suggest a correction

(c)

untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga yang munasabah;

Suggest a correction

(d)

untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan kepentingan pengguna dan penguatkuasaan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

harga yang akan dikenakan dan syarat lain bagi bekalan elektrik;

(iii)

kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan; dan

Suggest a correction

(iv)

kualiti bekalan elektrik yang termasuklah kebolehpercayaan dan kualiti kuasa;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi;

Bekalan Elektrik 19

(ea) untuk mengawal selia aktiviti pemegang lesen supaya semua permintaan yang munasabah bagi elektrik dipenuhi;

Suggest a correction

(f)

untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai penjalanan aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan;

Suggest a correction

(g)

untuk menggalakkan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan kemajuan ekonomi Malaysia;

(ga) untuk menggalakkan pembangunan dan penyenggaraan sistem yang selamat dan berkesan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik kepada pengguna dan penambahbaikan kehendak keselamatan yang berterusan;

(gb) untuk menguatkuasakan standard bagi pepasangan elektrik dan infrastruktur bekalan elektrik pemegang lesen, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;

Suggest a correction

(h)

untuk mengawal selia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendak diperiksa;

Suggest a correction

(i)

untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini;

Suggest a correction

(j)

untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa pepasangan elektrik;

Suggest a correction

(k)

untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, bagi pendaftaran apa-apa pepasangan, orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap, unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, pengilang dan pengimport, pusat atau institusi latihan dan peperiksaan, badan penilaian pematuhan dan mana-mana orang yang kompeten, sebagaimana yang ditetapkan;

Suggest a correction

(l)

untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menaksirkan serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 447

(la) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap;

(lb) untuk mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya;

(lc)

untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(m)

untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang ternyata pada Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.

Pegawai diberi kuasa 4a.  (1)  Menteri boleh secara bertulis memberi mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Suggest a correction

(3)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

Kuasa memasuki dengan waran atau selainnya, memeriksa, memeriksa teliti, menyita, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam tiap-tiap hal di mana maklumat diberikan atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa dalam mana-mana tanah, rumah atau bangunan terdapat apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, majistret itu hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasa waran itu mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan menggeledah dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu:

Dengan syarat bahawa jika seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berkemungkinan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya dari dalam tanah, rumah atau bangunan itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penggeledahan itu boleh menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan atau yang boleh digunakan untuk maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan jika benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan, majistret hendaklah mengarahkan benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disimpan dalam jagaan pegawai diberi kuasa atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 447

Suggest a correction

(4)

Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) atau (3), jika didapati perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;

Suggest a correction

(b)

dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

Suggest a correction

(c)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; dan

Suggest a correction

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang disita dan dengan serta-merta menghantar serah suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penduduk, atau ejen atau pekhidmat penduduk itu yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu.

Suggest a correction

(6)

Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai diberi kuasa memasuki tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.

Kos memegang benda yang disita 5a.  Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa

Bekalan Elektrik 23

prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

Pelepasan benda yang disita 5b.  (1)  Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan Pendakwa

Raya, melepaskan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal ini, pegawai yang membuat penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau

Suruhanjaya tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

Suggest a correction

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan apa-apa benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya.

Kuasa menyiasat

Suggest a correction

Seksyen 6

Bekalan Elektrik 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

Seksyen 8

Halangan, dsb. suatu kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak membenarkan mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor akses kepada mana-mana tempat;

Suggest a correction

(b)

menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang dia berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam penyempurnaan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(c)

enggan memberi kepada mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberi;

(ca) enggan untuk memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah fungsi, tugas dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 4; atau

Bekalan Elektrik 25

Suggest a correction

(d)

dengan disedarinya memberikan maklumat palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR

Suggest a correction

Lesen dikehendaki bagi penggunaan pepasangan: terma, syarat dan kandungan lesen

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau

Suggest a correction

(b)

membekalkan elektrik daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat sesuatu lesen sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan

Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4.

Suggest a correction

(2a)

Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 447

Suggest a correction

(2b)

Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pepasangan yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2c)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan berkenaan dengan apa-apa pepasangan.

Suggest a correction

(3)

Tiada lesen boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan.

Suggest a correction

(4)

Tempoh lesen adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap satu hal:

Dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

Suggest a correction

(5)

Tempoh lamanya apa-apa lesen hendaklah dinyatakan di dalamnya.

Suggest a correction

(6)

Apa-apa lesen bagi suatu pepasangan awam hendaklah menyatakan—

(b)

voltan yang ditentukan dan variasi yang dibenarkan daripadanya;

Suggest a correction

(c)

caj maksimum yang kena dibayar oleh pengguna; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen, termasuk lesen sedia ada; atau

Suggest a correction

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen itu, mengikut tatacara sebagaimana yang boleh ditetapkan.

Bekalan Elektrik 27

Obligasi untuk mengemukakan pelan perniagaan 9a. (1) Suruhanjaya boleh meminta mana-mana pemegang lesen untuk mengemukakan rancangan perniagaan boleh pinda lima tahun, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dikemaskinikan atas asas tahunan atau apa-apa tempoh masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kehendak bagi pelesenan 9b.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika pada bila-bila masa ternyata pada Suruhanjaya bahawa seorang pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa kehendak atau memenuhi apa-apa kewajipan atau obligasinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau syarat lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu untuk membetulkan ketidakpatuhan itu atau untuk mematuhi kehendak, kewajipan atau obligasi atau syarat lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan.

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mematuhi dan mengemukakan laporan pematuhan berkala tentang langkah yang diambil sehingga memuaskan hati Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan oleh pemegang lesen 9c. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan mengenai apa-apa standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan untuk dilaksanakan oleh pemegang lesen termasuk tatacara bagi—

(a)

memenuhi dengan munasabah kehendak pengguna;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 447

Suggest a correction

(c)

tatacara bagi pampasan pengguna dalam hal pelanggaran standard prestasi atau pelanggaran mana-mana obligasi pemegang lesen di bawah Akta; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya menurut seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kegagalan oleh mana-mana pemegang lesen untuk memenuhi standard yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh menjejaskan atau menyentuh apa-apa remedi lain yang mungkin ada berkenaan dengan tindakan atau peninggalan oleh pemegang lesen yang menjadi kegagalan itu di bawah mana-mana undang-undang lain, termasuk

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen untuk menyediakan apa-apa maklumat tentang tahap prestasi yang dicapai dan perkhidmatan yang disediakan berkenaan dengan standard yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pengguna atau bakal pengguna.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen hendaklah menyiarkan standard perkhidmatan penggunanya sendiri mengikut kod, garis panduan atau arahan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Akaun tahunan yang sepatutnya oleh pemegang lesen 9d. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara akaun aktiviti tahunan yang sepatutnya di bawah lesen yang mengandungi butir-butir yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki mengenai apa-apa hasil, kos, aset, liabiliti, rizab atau apa-apa perkara lain yang berkaitan.

Suggest a correction

(2)

Akaun itu hendaklah juga mengikut apa-apa garis panduan atau arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, dari semasa ke semasa kepada pemegang lesen dan akaun itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan sewajarnya.

Bekalan Elektrik 29

Perkiraan bagi perolehan elektrik 9e.  Dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan 4(d), apa-apa perkiraan oleh pemegang lesen atau Pembeli Tunggal bagi perolehan elektrik melalui rangkaian penghantaran elektrik, hendaklah tertakluk pada kelulusan Suruhanjaya.

Kuasa untuk memasuki dan memeriksa teliti tanah

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan.

Suggest a correction

(3)

Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1)

boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir Tanah Daerah.

Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberi notis yang menyatakan, dengan sepenuhnya dan setepatnya yang mungkin, jenis dan takat tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan

Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak

Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Suggest a correction

(3)

Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan—

(a)

dalam hal tanah beri hakmilik, kepada pemunya atau penduduk;

Suggest a correction

(b)

dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir

Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah atas perbelanjaan pemegang lesen, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa dalam Negeri di mana tanah itu terletak.

Bekalan Elektrik 31

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari selepas penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberi notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen.

Suggest a correction

(5)

Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(6)

Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditentukan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah

Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.

Suggest a correction

(7)

Apabila tamatnya siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk pada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(8)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian mana-mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(9)

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 447

Suggest a correction

(10)

Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar—

(a)

apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

apabila dikemukakan kepadanya salinan asal perintah yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku bagi perintah itu disimpankan dengannya, hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah Negeri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala kelengkapan yang ditempatkan dalam atau atas tanah

Negeri yang tidak dialihkan daripadanya dalam masa enam bulan, atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri, selepas habisnya tempoh atau penamatan awal lesen yang di bawah kebenarannya kelengkapan itu ditempatkan sedemikian, hendaklah terletak hak pada dan menjadi harta Kerajaan

Negeri yang dalamnya kelengkapan itu terletak.

Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagian daripadanya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu,

Bekalan Elektrik 33

boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah yang di atas, di bawah atau melewatinya talian bekalan telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau yang di atasnya tiang atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam menjalankannya, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 16 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 11.

Pengalihan atau pengubahan talian bekalan, dsb.

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

(a)

Jika pemegang lesen tidak mematuhi kehendak itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa

Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta hal itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk pada syarat tertentu, bagi pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu. Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang Pihak Berkuasa Negeri berpendapat adalah saksama mengikut hal keadaan hal itu.

(b)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, daripada menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen ini, mengarahkan Pentadbir Tanah

Daerah untuk membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan untuk membuat syor kepadanya.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 447

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahan mana-mana talian bekalan utama, pemegang lesen boleh, daripada mengalihkan atau mengubah talian bekalan itu, memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengarahkan pengambilan tanah sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud talian itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(4)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, pepasangan berlesen hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di dalam

Negeri di mana tanah itu terletak hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(5)

Bilamana talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, atas tanah Negeri oleh pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi hakmilik kepada mana-mana orang, pemunya atau penduduk tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menghendaki pengalihan talian bekalan itu ke bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya adalah lebih tinggi atau lebih rendah, atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi apa-apa kehendak sedemikian:

Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah dibayar oleh orang yang berkehendakkan pengalihan atau pengubahan itu.

Kecualian bagi perjanjian izin lalu

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud membawa talian bekalan merintangi tanah itu; atau

Suggest a correction

(b)

menyentuh apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian yang ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

Bekalan Elektrik 35

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan disimpan dengannya salinan terperaku bagi apa-apa perjanjian sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terlibat dengan perjanjian izin lalu itu.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu perjanjian izin lalu berhubungan dengan tanah yang ialah suatu tanah pegangan yang termasuk dalam Daftar

Interim—

(a)

subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar”

dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio berkenaan

Daftar Interim”; dan

Suggest a correction

(b)

apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik

Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika ia masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu)

dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Selagi masih terdapat suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) pada dokumen hakmilik daftaran atau folio berkenaan Daftar Interim, segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk pada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat.

Suggest a correction

(5)

Jika nota atau pendaftaran suatu perjanjian izin lalu yang dibuat sebelum l Januari 1966 menurut subseksyen (2) atau (3)

sebagaimana yang berkuat kuasa pada masa itu masih berkuat kuasa sebelum tarikh itu, maka, bagi maksud subseksyen (4)—

(a)

ia hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (2); atau

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 447

Suggest a correction

(b)

jika ia berhubungan dengan tanah yang termasuk sebagai suatu tanah pegangan dalam Daftar Interim, ia hendaklah dicatatkan pada folio berkenaan Daftar Interim dan hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (3).

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Dalam seksyen ini—

“Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Kanun Tanah

Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.

Pampasan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pentadbir

Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas taksiran itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

Pengurangan atau pemberhentian bekalan: liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika kuantiti elektrik telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—

(a)

tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal yang wajar, suatu potongan pada caj bagi bekalan elektrik hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada mana-mana orang atau apa-apa harta atau bagi apa-apa pemberhentian bekalan elektrik yang mungkin disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan, rosak rosot biasa atau beban berlebihan diakibatkan oleh sambungan kelengkapan yang tidak dibenarkan, atau disebabkan oleh kehendak munasabah sistem itu, atau disebabkan oleh kecacatan pada mana-mana pepasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen, tetapi hanya akan bertanggungan apabila kerosakan atau pemberhentian itu jelas kelihatan sebagai telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejen atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna pepasangan itu oleh pemegang lesen.

Suggest a correction

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemegang lesen hendaklah membetulkan dan membaiki apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan pembekalan elektrik dan, jika berkenaan, membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu adalah akibat daripada kecuaian pemegang lesen, ejen atau pekerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Cagaran: penggantungan dan pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 18

Bekalan Elektrik 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya atas pelanggaran mana-mana syarat lesen atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberi:

Dengan syarat bahawa, jika lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa pemegang lesen telah berhenti mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa dia telah menanggung atau akan menanggung kesusahan tidak wajar disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen tidak berhak kepada pampasan kerana apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan pemegang lesen bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang ditanggung dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan

(jika ada) di bawah subseksyen (1).

Sekatan penggunaan untuk maksud yang dinyatakan

Suggest a correction

Seksyen 19

Akta 447

Open as pageSuggest a correction

Seorang pemegang lesen yang, melalui syarat-syarat lesennya, disekat untuk menggunakan atau membekalkan elektrik bagi maksud yang dinyatakan sahaja, tidak boleh menggunakan atau membekalkan elektrik bagi apa-apa maksud selain maksud yang dinyatakan sedemikian.

Seksyen 20

Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan

Open as pageSuggest a correction

Apabila apa-apa kelengkapan elektrik kepunyaan seorang pemegang lesen telah ditempatkan dalam atau di premis yang tidak dipunyai atau diduduki oleh pemegang lesen bagi maksud

Bekalan Elektrik 39

pembekalan atau penyukatan elektrik, kelengkapan itu tidak boleh dikenakan distres ataupun diambil sebagai pelaksanaan di bawah apa-apa proses mahkamah atau dalam apa-apa prosiding kebankrapan atau ketidaksolvenan terhadap mana-mana orang.

Seksyen 21

Pendaftaran pepasangan

Open as pageSuggest a correction

(1a)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memuaskan kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan supaya dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan sesuatu pepasangan, selain suatu pepasangan yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pepasangan itu didaftarkan pada suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.

Suggest a correction

(3)

Perakuan Pendaftaran hendaklah diserahkan balik oleh pemunya atau pemegang lesen kepada Suruhanjaya untuk dikenselkan jika pepasangan itu tidak dikehendaki untuk digunakan lagi. Selepas itu, jika pemunya atau pemegang lesen ingin mengendalikan pepasangan itu semula, pepasangan tersebut hendaklah dikira dalam segala aspek seolah-olah ia suatu pepasangan baru.

Suggest a correction

(4)

Suatu Perakuan Pendaftaran boleh dikenselkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 53.

Suggest a correction

(5)

Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindahmilikkan tanpa kebenaran Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 447

Pemeriksaan berkala pepasangan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan berkala semasa pembinaan, pembesaran atau pengubahan dan pemeriksaan terakhir apabila siap, semua pepasangan, semasa dikendalikan, hendaklah tertakluk pada apa-apa pemeriksaan berkala sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pihak pengurusan atau orang yang menjaga mana-mana pepasangan atau pembinaan, pembesaran atau pengubahan mana-mana pepasangan hendaklah memberi kemudahan dengan sepenuhnya bagi pemeriksaan semasa waktu bekerja.

Pengendali Sistem 22a.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pengendali Sistem melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(2)

Pengendali Sistem hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Pengendali Sistem, semasa menunaikan fungsinya di bawah

Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

Bekalan Elektrik 41

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pengendali

Sistem daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pengendali Sistem.

Pembeli Tunggal 22b.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pembeli Tunggal melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(2)

Pembeli Tunggal hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Pembeli Tunggal, semasa menunaikan fungsinya di bawah

Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pembeli

Tunggal daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pembeli Tunggal.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, jika pelanggaran itu diteruskan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

Bahagian Va

PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP

Menteri hendaklah menentukan standard, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 23a

Akta 447

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Pepasangan hendaklah memenuhi kehendak 23b.  Tiada seorang pun boleh menggunakan atau mengendalikan mana-mana pepasangan melainkan jika pepasangan itu memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Kelengkapan hendaklah memenuhi kehendak 23c.  Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, menjual atau menawarkan untuk menjual atau memajakkan mana-mana kelengkapan melainkan jika kelengkapan itu memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap 23d.  Tiada seorang pun boleh memberikan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap melainkan berdaftar di bawah Akta ini.

Bekalan Elektrik 43

Bahagian VI

Bahagian VI

PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN

Suggest a correction

Kewajipan membekal apabila diminta

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberi bekalan elektrik kepada premis itu; dan

Suggest a correction

(b)

setakat yang perlu bagi maksud itu, mengadakan talian bekalan atau apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang menghendaki pembekalan elektrik di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi suatu notis kepada pemegang lesen yang menyatakan—

(a)

premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki;

Suggest a correction

(c)

kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa;

dan

Suggest a correction

(d)

tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika pemegang lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis di bawah subseksyen (2) yang menghendakinya memberi bekalan elektrik kepada mana-mana premis dan—

(a)

dia tidak pernah sebelum ini memberikan bekalan elektrik pada premis itu;

Suggest a correction

(b)

pemberian bekalan itu menghendaki pengadaan talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik; atau

Suggest a correction

(c)

hal keadaan lain wujud yang membuatkannya perlu atau suai manfaat baginya berbuat demikian, pemegang lesen hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas menerima notis itu, memberi kepada orang itu suatu notis di bawah subseksyen (4).

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 447

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu notis di bawah subseksyen ini hendaklah—

(a)

menyatakan takat yang cadangan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) boleh disetuju terima oleh pemegang lesen dan menyatakan apa-apa cadangan balas yang dibuat oleh pemegang lesen;

Suggest a correction

(b)

menyatakan sama ada harga yang hendak dikenakan oleh pemegang lesen akan ditentukan melalui suatu tarif di bawah subseksyen 26(1), atau melalui suatu perjanjian khas di bawah subseksyen 29(1) dan menyatakan tarif atau terma perjanjian itu yang dicadangkan;

Suggest a correction

(c)

menyatakan apa-apa pembayaran yang akan dikehendaki supaya dibuat oleh orang itu di bawah subseksyen 27(1);

dan

Suggest a correction

(d)

menyatakan apa-apa cagaran yang akan dikehendaki diberi oleh orang itu di bawah seksyen 28.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 25 hingga 29

Bahagian ini—

(a)

apa-apa sebutan mengenai pemberian bekalan elektrik termasuklah sebutan mengenai penerusan pemberian bekalan sedemikian;

Suggest a correction

(b)

apa-apa sebutan mengenai menghendaki bekalan elektrik termasuklah sebutan mengenai menghendaki bekalan sedemikian supaya terus diberikan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa sebutan mengenai pengadaan talian bekalan atau suatu barang daripada kelengkapan atau loji elektrik adalah sebutan mengenai pengadaan talian atau barang sedemikian sama ada melalui pemasangan talian atau barang yang baru atau melalui pengubahsuaian talian atau barang yang sedia ada.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang—

(a)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik daripada diberikan oleh pemegang lesen kepada pengguna;

Bekalan Elektrik 45

Suggest a correction

(b)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna daripada dipotong oleh pemegang lesen mengikut Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

menyebabkan pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna dipotong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kekecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen 24(1) boleh dikira sebagai menghendaki pemegang lesen memberikan bekalan elektrik pada mana-mana premis jika—

(i)

bekalan elektrik telah pun diberikan pada premis itu oleh pemegang lesen yang lain; dan

(ii)

bekalan sedemikian diberi sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya menerusi talian bekalan dan kelengkapan atau loji elektrik kepunyaan pemegang lesen;

(aa) premis itu, iaitu suatu premis komersial atau perindustrian—

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

terletak di atas tanah tanpa mendapat keizinan pemilik tanah;

(ii)

tidak diluluskan menurut atau melanggar peruntukan

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; atau

Suggest a correction

(iii)

bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dia terhalang daripada melakukan sedemikian oleh kerosakan atau kegagalan apa-apa infrastruktur bekalan elektrik, sistem elektrik, kelengkapan atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau akibat daripada kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan perindustrian di peringkat negara, darurat, rusuhan, kekacauan awam atau peperangan, atau apa-apa kejadian serupa yang lain yang bukan dalam kawalan pemegang lesen;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 447

Suggest a correction

(c)

hal keadaan wujud yang, disebabkan oleh apa yang dilakukannya sedemikian, akan atau boleh melibatkannya melanggar apa-apa peraturan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(d)

tidak munasabah mengikut hal keadaan untuknya dikehendaki berbuat demikian:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak terpakai berhubung dengan bekalan elektrik yang sedang diberikan pada mana-mana premis melainkan jika pemegang lesen telah memberi kepada penduduk atau pemunya, jika premis tidak diduduki, suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari kerja mengenai cadangannya memberhentikan bekalan elektrik.

Kuasa untuk menetapkan tarif dan caj

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan mengenai tarif dan caj termasuk—

(a)

perkaedahan, prinsip, kategori dan reka bentuk tarif dan caj;

Suggest a correction

(b)

tempoh bagi pengenaan tarif dan caj dan bagi kajian semula tarif dan caj; dan

Suggest a correction

(c)

pengemukaan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dan difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu cadangan mengenai tarif dan caj kepada Suruhanjaya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Tarif dan caj yang diluluskan hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang Suruhanjaya berpendapat dapat memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.

Bekalan Elektrik 47

Suggest a correction

(5)

Tarif dan caj yang diluluskan di bawah subseksyen (1)

boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a)

suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi elektrik yang sebenarnya dibekalkan;

Suggest a correction

(b)

suatu caj berkenaan dengan ketersediaan bekalan elektrik dan caj itu boleh berubah mengikut takat pembekalan;

Suggest a correction

(c)

suatu caj sewa atau caj lain berkenaan dengan mana-mana meter elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik yang disediakan oleh pemegang lesen;

Suggest a correction

(d)

suatu kadar atau kuantum diskaun atau premium daripada tarif yang diluluskan berkenaan dengan jenis pengguna tertentu atau maksud awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(e)

suatu kadar atau kuantum bayaran, caj atau levi bagi apa-apa jumlah wang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Dalam melevikan tarif dan caj menurut subseksyen (1) dan dalam membuat perjanjian khas di bawah seksyen 29, seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar atau diskriminasi di kalangan pengguna atau orang yang berada di tempat yang sama dengan mengambil kira tempat dan masa pembekalan, kuantiti elektrik yang dibekalkan, beban pengguna dan faktor kuasa, dan maksud yang baginya bekalan itu diambil.

Pemegang lesen boleh mengenakan surcaj 26a.  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen boleh mengenakan surcaj tertakluk pada syarat dan pada kadar sebagaimana yang ditetapkan bagi pembayaran lewat wang yang kena dibayar oleh seseorang pengguna kepada pemegang lesen itu berkenaan dengan elektrik yang dibekalkan oleh pemegang lesen itu.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 447

Kuasa mendapatkan kembali perbelanjaan

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah dalam mengadakan apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik di bawah subseksyen (1) termasuklah nilai dipermodalkan bagi apa-apa perbelanjaan yang mungkin dilakukan dalam menyenggarakannya, jika perbelanjaan itu tidak boleh didapatkan kembali oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada tarif yang dilevikan olehnya bagi bekalan itu.

Kuasa menghendaki cagaran

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik perlu diadakan di bawah subseksyen yang sama berkenaan dengan pengadaan kemudahan sedemikian, dan jika orang itu gagal memberi apa-apa cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, menolak untuk memberikan bekalan atau mengadakan talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik sehinggalah cagaran telah diberi.

Suggest a correction

(2)

Jika orang itu belum memberi cagaran dalam subseksyen (1)

atau cagaran yang diberi oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis, memberi kepadanya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu dan jika orang itu gagal memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan elektrik sehinggalah cagaran diberi.

Bekalan Elektrik 49

Pemulangan cagaran dengan bunga 28a.  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah membayar kepada seseorang tertakluk pada syarat dan pada kadar sebagaimana yang ditetapkan sejumlah wang yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran yang diberikan di bawah seksyen 28.

Perjanjian pembekalan dengan pengguna 28b.  (1)  Seseorang yang memohon pembekalan elektrik daripada seseorang pemegang lesen selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah membuat suatu perjanjian dengan pemegang lesen itu bagi pembekalan elektrik atas terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu sebelum elektrik dibekalkan.

Suggest a correction

(2)

Suatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam bentuk dan dengan kandungan sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

Perjanjian khas mengenai bekalan

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa perjanjian yang dibuat menurut subseksyen (1)

masih berkuat kuasa, hak dan liabiliti pihak-pihak kepada perjanjian itu hendaklah ditentukan oleh perjanjian dan tidak melalui peruntukan seksyen 24 hingga 28.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), subseksyen 24(2)

hendaklah, walau bagaimanapun, terpakai bagi maksud menyatakan hari yang bekalan elektrik itu dikehendaki dimulakan dan hari yang perjanjian sedemikian berhenti berkuat kuasa.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemegang lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 447

Penentuan pertikaian

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya tidak mencapai suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu, pihak-pihak itu boleh mencari penyelesaian pertikaian itu melalui suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian:

Dengan syarat bahawa dalam hal yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya, pertikaian itu boleh ditentukan melalui timbang tara di bawah seksyen 36.

Suggest a correction

(3)

Amalan dan tatacara yang hendak diikuti apabila menentukan apa-apa pertikaian di bawah subseksyen (2) hendaklah seperti apa yang didapati wajar oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Sementara menanti penentuan apa-apa pertikaian yang berbangkit di bawah seksyen 9e, 17, 24 hingga 29 dan 32 di antara pemegang lesen dan orang yang menghendaki bekalan elektrik, pemegang lesen hendaklah meneruskan pemberian bekalan elektrik sehingga penentuan pertikaian itu.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) boleh termasuk suatu peruntukan yang menghendaki salah satu pihak membayar kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam menentukan pertikaian itu.

Pemberitahuan pertikaian dan keputusan mengikat oleh

Suruhanjaya 30a.  (1)  Mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian boleh, secara bertulis, memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian yang tidak dapat diselesaikan itu melalui perundingan di bawah subseksyen 30(1).

Bekalan Elektrik 51

Suggest a correction

(2)

Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 30(2) hendaklah hanya bersidang untuk menyelesaikan suatu pertikaian itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu tidak akan tercapai atau tidak akan tercapai dalam masa yang munasabah; dan

Suggest a correction

(b)

pertikaian itu dan pemberitahuannya bukan sesuatu yang ringan, remeh atau menyusahkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa boleh menyelesaikan pertikaian itu atas apa-apa terma dan syarat mengikut yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(4)

Terma dan syarat di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan alasan bagi keputusan jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan jawatankuasa itu hendaklah disifatkan sebagai keputusan Suruhanjaya dan mengikat pihak-pihak itu.

Suggest a correction

(6)

Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh, dengan izin Mahkamah Sesyen, dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman atau perintah yang sama kesannya oleh Mahkamah Sesyen, dan jika izin telah diberikan sedemikian, penghakiman boleh dibuat mengikut terma keputusan Suruhanjaya itu dan seolah-olah keputusan itu ialah penghakiman Mahkamah itu.

Suggest a correction

(7)

Penghakiman di bawah subseksyen (6) hanya boleh dibuat jika perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana pihak bagi izin untuk dibawa ke Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu tetapi tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

Daftar keputusan 30b.  (1)  Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua keputusan yang dibuat di bawah seksyen 30a.

Suggest a correction

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi—

(a)

nama pihak-pihak kepada pertikaian;

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 447

Suggest a correction

(b)

perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan keputusan itu; dan

Suggest a correction

(c)

tarikh keputusan itu.

Pemastian harga maksimum bagi penjualan semula elektrik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa memastikan harga maksimum yang dengannya elektrik di bawah seksyen ini boleh dijual semula dan boleh menyiarkan harga yang dipastikan sedemikian mengikut apa-apa cara sebagaimana yang pada pendapat

Suruhanjaya dapat menjamin publisiti yang mencukupi untuknya.

Suggest a correction

(3)

Harga berlainan boleh dipastikan bagi hal-hal berlainan yang boleh ditentukan melalui rujukan kepada kawasan, tarif atau apa-apa faktor relevan lain.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang menjual semula elektrik pada harga yang melebihi harga maksimum yang dipastikan di bawah seksyen ini, amaun lebih itu hendaklah didapatkan kembali oleh orang yang kepadanya elektrik itu dijual semula.

Caj bagi bekalan elektrik hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(1a)

Meter hendaklah dipasang, ditentu ukur, diuji, disahkan dan disenggarakan sebagaimana yang ditetapkan atau dengan mengikut mana-mana kod atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bekalan Elektrik 53

Suggest a correction

(2)

Meter hendaklah diadakan oleh pemegang lesen yang membekalkan elektrik, sama ada dengan cara jualan, sewa atau pinjaman.

Suggest a correction

(3)

Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna, pemegang lesen atau Pembeli Tunggal di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen yang membekalkan elektrik, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah untuk menempatkan meter itu di luar premis atau di suatu kedudukan lain.

Suggest a correction

(4)

Jika pengguna, pemegang lesen atau Pembeli Tunggal enggan atau tidak mendapatkan bekalan elektriknya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan

Suggest a correction

(3)

pemegang lesen yang membekalkan elektrik boleh enggan memberikan atau memberhentikan bekalan.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, suatu meter ialah meter yang sesuai untuk kegunaan berkaitan dengan apa-apa bekalan elektrik yang tertentu jika ia adalah daripada corak pembinaan yang, dengan mengambil kira terma yang berdasarkannya bekalan itu dikenakan caj, bersesuaian dengan tertentunya bagi kegunaan sedemikian dan boleh termasuk meter prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran atau apa-apa cara pemeteran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

Bahagian VII

Bahagian VII

PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN

Suggest a correction

Kemalangan serius hendaklah dilaporkan dan penyiasatan oleh Suruhanjaya

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan apabila menerima laporan pertama mengarahkan seseorang pegawai diberi kuasa supaya—

(a)

melawat tempat di mana kemalangan atau kebakaran itu berlaku;

Suggest a correction

(b)

membuat penyiasatan permulaan mengenai hal keadaan itu;

Suggest a correction

(c)

merekodkan secara bertulis dapatannya yang boleh disokong dengan fotograf yang relevan, selepas penyiasatan itu;

Suggest a correction

(d)

diberikan fotograf, laporan perubatan atau dokumen relevan lain daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa tanpa apa-apa pembayaran fi dan orang atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi apa-apa permintaan sedemikian;

Suggest a correction

(e)

mengemukakan laporannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif;

dan

Suggest a correction

(f)

jika telah berlaku apa-apa kehilangan nyawa atau terdapat sebab mempercayai bahawa mana-mana orang telah dicederakan sehingga membawa maut, menghantar suatu salinan dapatannya kepada majistret yang terdekat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sekiranya berlaku kehilangan nyawa atau cedera parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada pengubahan atau penambahan boleh, tanpa kebenaran Suruhanjaya, dibuat pada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin telah membantu menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan tiada apa-apa pengubahan boleh dibuat, tanpa keizinan itu, pada tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran sehinggalah pegawai diberi kuasa telah menyelesaikan penyiasatannya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengganggu kerja penyelamatan atau kerja yang perlu bagi keselamatan am nyawa atau harta.

Bekalan Elektrik 55

Suggest a correction

(4)

Jika berdasarkan suatu penyiasatan permulaan di bawah subseksyen (2) ternyata pada pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan untuk mematuhi Akta ini atau apa-apa perintah sah yang diberikan oleh Suruhanjaya, atau jika pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyiasatan itu berpuas hati bahawa kemalangan atau kebakaran itu mungkin boleh dicegah jika langkah berawas-awas yang wajar telah diambil dan dipatuhi semasa mengerjakan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik,

Suruhanjaya boleh menyiasat hal keadaan kemalangan atau kebakaran itu dengan lebih lanjut berserta dengan pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyiasatan permulaan itu dan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa prosiding jenayah patut dibawa terhadap mana-mana orang, maka Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu salinan laporan pegawai yang diberi kuasa itu dengan pendapat Suruhanjaya mengenai hal keadaan dan dapatan itu.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang terlibat dengan mana-mana penyiasatan yang diadakan di bawah seksyen ini berhak, apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima suatu salinan laporan, pendapat dan pernyataan Suruhanjaya dalam penjalanan penyiasatannya.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang, tanpa sebab sah, melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Bahagian VIIa

KESELAMATAN PEPASANGAN DAN KELENGKAPAN

Tanggungjawab pemegang lesen terhadap keselamatan 33a.  (1)  Seseorang pemegang lesen yang mengendalikan dan menyenggara apa-apa infrastruktur bekalan elektrik hendaklah mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod keselamatan infrastruktur elektrik, atau jika tiada apa-apa peraturan atau kod, dengan standard dan amalan penggunaan yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 447

Suggest a correction

(2)

Seorang pemegang lesen hendaklah menyediakan suatu pelan pengurusan keselamatan yang memperkatakan perkara-perkara sebagaimana yang ditetapkan dalam kod keselamatan infrastruktur elektrik, atau jika tiada apa-apa kod, dengan standard dan amalan penggunaan yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang gagal menyediakan pelan pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tanggungjawab pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian bagi keselamatan 33b.  (1)  Seseorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah mematuhi kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik dan program pengurusan keselamatan, atau jika tiada apa-apa kod atau program itu, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Seorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah menyediakan program pengurusan keselamatan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Program pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah memperuntukkan bagi perkara sebagaimana yang ditetapkan dalam kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik, atau jika tiada apa-apa kod itu, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Bekalan Elektrik 57

Suggest a correction

(4)

Seorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian yang gagal menyediakan program pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menjalankan kerja elektrik 33c.  (1)  Seorang orang kompeten atau orang di bawah kawalan orang kompeten yang menjalankan kerja elektrik hendaklah memastikan bahawa kerja elektrik itu mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod keselamatan infrastruktur elektrik atau kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika tiada apa-apa peraturan atau kod, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Orang yang menjalankan kerja elektrik di bawah subseksyen (1)

hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan kecederaan berkaitan elektrik terhadap mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta benda.

Tanggungjawab yang berhubungan dengan kerja selain kerja elektrik 33d.  (1)  Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa pembinaan, pembangunan, pengubahsuaian atau kerja selain kerja elektrik berhampiran dengan pepasangan elektrik hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan gangguan kepada bekalan elektrik atau kecederaan berhubung elektrik kepada mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta benda.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 447

Pematuhan pemeriksaan 33e.  (1)  Suruhanjaya boleh, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa suatu infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik bukan domestik atau tempat perniagaan atau apa-apa aktiviti pengilang berdaftar atau pengimport atau suatu badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi untuk memastikan bahawa pemegang lesen, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang berdaftar atau pengimport, atau badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi

Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, garis panduan, kod atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa apa-apa kelengkapan, di mana-mana premis, bangunan, kemudahan termasuk kemudahan sementara dan kenderaan yang digunakan bagi penjualan atau tawaran bagi penjualan secara jualan untuk menentukan jika kelengkapan itu mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Tafsiran 33f.  Bagi maksud Bahagian ini—

“kod keselamatan infrastruktur elektrik” ertinya sesuatu kod yang dibangunkan, dikeluarkan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 50a mengenai kehendak keselamatan, standard keselamatan dan teknikal, pengendalian, penyenggaraan dan perlindungan sistem elektrik yang bersesuaian dan perkara berkaitan yang lain mengenai infrastruktur bekalan elektrik;

“kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik” ertinya sesuatu kod yang dibangunkan, dikeluarkan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 50a mengenai kehendak keselamatan, standard keselamatan dan teknikal yang bersesuaian, pengendalian, penyenggaraan dan perlindungan sistem elektrik dan perkara berkaitan yang lain mengenai pepasangan elektrik bukan domestik;

Bekalan Elektrik 59

“pelan pengurusan keselamatan” ertinya pelan pengurusan keselamatan, kebolehpercayaan, penyenggaraan dan teknikal berkenaan dengan infrastruktur bekalan elektrik;

“pemegang lesen” tidak termasuk pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian;

“pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik”

ertinya seseorang yang mempunyai, menggunakan, bekerja atau mengendalikan pepasangan elektrik bukan domestik;

“pepasangan elektrik bukan domestik” ertinya suatu set dawai dan lekapan, kelengkapan dan aksesori yang berkaitan yang dipasang di suatu tempat bagi membawa, mengawal atau menggunakan elektrik yang sedang, atau akan, atau telah, dibekalkan bagi penggunaan di tempat itu, tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa infrastruktur bekalan elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh seseorang pemegang lesen;

Suggest a correction

(b)

apa-apa dawai, lekapan, kelengkapan atau aksesori yang disambungkan kepada dan melampaui apa-apa aliran keluar elektrik di mana pendawaian tetap tamat, selain apa-apa aliran keluar yang digunakan untuk menyambungkan bahagian pendawaian tetap; atau

Suggest a correction

(c)

premis kediaman persendirian;

“program pengurusan keselamatan” ertinya program pengurusan keselamatan, kebolehpercayaan, penyenggaraan dan teknikal berkenaan dengan pepasangan elektrik bukan domestik.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

SIASATAN DAN TIMBANG TARA

Suggest a correction

Tatacara berhubung dengan siasatan dan timbang tara

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berasa terkilan dengan keputusan

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) boleh memohon kepada

Menteri bagi pertimbangan semula perkara yang dipertikaikan itu. Permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh

Menteri dalam hal keadaan khas, dan hendaklah mengandungi alasan kilanan itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila menerima permohonan itu, Menteri hendaklah melantik seseorang sebagai wakilnya untuk menerajui dan mengadakan siasatan mengenai perkara itu berserta dengan dua orang lain yang akan dinamakan oleh Menteri sebagai pengapit. Pengapit hendaklah orang yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam bidang elektrik atau bidang khas lain yang diambil dari kalangan orang yang bukan dalam perkhidmatan Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Segala soalan dalam siasatan itu hendaklah ditentukan oleh suatu majoriti anggota yang mengadakan siasatan itu.

Suggest a correction

(5)

(a)

Pada akhir siasatan, orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (3) hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu ringkasan keterangan berserta dengan keputusan yang telah dicapai, dan Menteri hendaklah menyetuju terima keputusan itu sebagai muktamad dan hendaklah memberitahu semua orang yang berkenaan.

(b)

Mana-mana orang yang kena-mengena dengan perkara yang dirujuk kepada Menteri di bawah subseksyen (2) adalah berhak, apabila dibayar fi yang ditetapkan, kepada suatu salinan ringkasan keterangan dan keputusan yang disebut dalam perenggan (a).

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Orang yang dinamakan oleh Menteri untuk berkhidmat sebagai pengapit adalah berhak menerima apa-apa saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Kuasa mengadakan siasatan

Suggest a correction

Seksyen 35

Akta 447

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya atau orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 34(3), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah

Bekalan Elektrik 61

mempunyai kuasa mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah terletak hak padanya kuasa majistret kelas pertama bagi memaksa kehadiran saksi, menjaga ketenteraman atau selainnya menjalankan dengan sempurna siasatan tersebut. Orang yang dipanggil menghadiri mana-mana siasatan adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir.

Seksyen 36

Timbang tara

Open as pageSuggest a correction

(2)

Setiap pihak hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik seorang pengapit untuk bersidang dengan penimbang tara, tetapi hanya penimbang tara seorang sahaja hendaklah mempunyai kuasa memutuskan dan membuat suatu award. Jika lebih daripada satu penimbang tara dilantik, suatu majoriti di kalangan mereka boleh memutuskan dan membuat suatu award.

Suggest a correction

(3)

Timbang tara, hendaklah dijalankan di mana-mana tempat dalam Malaysia sebagaimana yang diputuskan oleh penimbang tara, dan hendaklah, tertakluk pada seksyen ini, dikawal oleh

Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646].

Suggest a correction

(4)

Saraan penimbang tara yang dilantik oleh Hakim Besar mengikut seksyen ini hendaklah dipastikan oleh Hakim Besar dan saraan penimbang tara yang dipilih oleh pihak-pihak hendaklah dipastikan oleh mereka. Kos rujukan dan award itu hendaklah dibayar oleh pihak-pihak mengikut kadar yang diputuskan oleh penimbang tara:

Dengan syarat bahawa saraan dan elaun pengapit hendaklah dibayar oleh pihak yang bertentangan dengannya award itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 447

Suggest a correction

Bahagian IX

Bahagian IX

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang—

(d)

mengubah pinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan di atas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik; atau

Suggest a correction

(e)

menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan elektrik,

Bekalan Elektrik 63

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

Suggest a correction

(i)

dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(B)

dikenakan bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya:

Suggest a correction

(i)

dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan, atau membenarkan digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, membekalkan elektrik daripada suatu pepasangan kepada atau bagi penggunaan mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 64

Akta 447

Suggest a correction

(6)

Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya membekalkan elektrik atau meletakkan apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan mana-mana talian atau kerja tidak dibenarkan sedemikian boleh, selepas sabitan, dialihkan mengikut perintah Suruhanjaya, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi pengalihan sedemikian boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

(8)

Mana-mana orang yang gagal atau abai untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

(9)

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang wajar, memadamkan atau merosakkan apa-apa lampu awam atau merosakkan atau mencacatkan apa-apa tiang, pendakap atau kaedah lain bagi menopangkan suatu lampu awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(10)

Mana-mana orang yang tanpa keizinan sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, melekatkan atau menyebabkan dilekatkan apa-apa iklan, bil atau notis atau apa-apa kertas pada atau atas, atau selainnya mencacatkan apa-apa bangunan, tiang atau pendakap atau kelengkapan lain atau kepungannya yang digunakan bagi atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Bekalan Elektrik 65

Suggest a correction

(11)

Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai—

(a)

menyebabkan pembaziran elektrik yang dilencongkan dari aliran perjalanannya yang patut; atau

Suggest a correction

(b)

memecahkan, menumbangkan, menyebabkan dijatuhkan atau dirosakkan apa-apa talian bekalan, tiang, pancang atau kelengkapan, pepasangan atau mana-mana bahagian daripadanya yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bersambung dengan bekalan elektrik, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

(a)

Tiada seorang pun tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian daripadanya yang ditetapkan mengikut cara yang berkemungkinan mengganggu mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(13)

(a)

Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 447

Suggest a correction
Suggest a correction

(14)

Mana-mana orang yang merosakkan atau mengalihkan apa-apa meter atau alat lain yang digunakan atas atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan berlesen bagi merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(15)

Mana-mana orang—

(a)

yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan terhadap

Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

Suggest a correction

(b)

yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(16)

Bagi maksud subseksyen (3)—

“pepasangan domestik” ertinya pepasangan di rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan dalam mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan;

“pengguna bukan domestik” ertinya pengguna elektrik selain pengguna domestik;

“pengguna domestik” ertinya pengguna bagi pepasangan domestik yang dibekalkan atau yang berkaitan dengan elektrik.

Bekalan Elektrik 67

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 37a.  (1)  Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau pada apa-apa takat tanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh mana-mana pekerja, pekhidmat atau ejennya, atau pekerja atau pekhidmat ejen itu jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja atau pekhidmat orang itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja atau pekhidmat ejen itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 447

Kesalahan cubaan dan subahat 37b.  Jika mana-mana orang—

Suggest a correction

(a)

membantu, bersubahat, menolong, menghasut atau mendorong mana-mana orang lain untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

cuba untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu di bawah Akta ini dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak melebihi satu setengah daripada tempoh terpanjang yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Pemotongan bekalan elektrik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(14)

, pemegang lesen atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa sewajarnya oleh pemegang lesen hendaklah dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh dapatan itu memaklumkan Suruhanjaya secara bertulis, dan pemegang lesen itu boleh, dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat puluh lapan jam dari tarikh yang sama mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik dipotong daripada premis itu.

Suggest a correction

(1a)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, jika seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa memohon kepada suatu pihak berkuasa bekalan atau seseorang pemegang lesen bagi pemotongan

Bekalan Elektrik 69

bekalan elektrik ke mana-mana premis bagi suatu tempoh tidak melebihi satu bulan kalender di bawah seksyen 21a Akta Rumah

Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289], pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta memotong atau menyebabkan bekalan elektrik dipotong dari premis sedemikian.

Suggest a correction

(1b)

Apabila menerima apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya boleh menentusahkan perkara itu dan dalam hal jika

Suruhanjaya mendapati bahawa tiada kesalahan telah dilakukan, bekalan elektrik hendaklah disambung semula dengan serta-merta.

Suggest a correction

(2)

Jika bekalan elektrik telah dipotong di bawah subseksyen (1), ia tidak boleh disambung semula sehinggalah pemegang lesen menurut budi bicaranya memberikan kebenaran bagi penyambungan semula:

Dengan syarat bahawa tempoh pemotongan itu tidak melebihi tiga bulan.

Suggest a correction

(2a)

Walau apa pun subseksyen (2), jika bekalan elektrik telah dipotong di bawah subseksyen (1a), bekalan itu tidak boleh disambung semula tanpa keizinan bertulis seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen boleh menghendaki pengguna supaya membayar kepadanya bagi kerugian hasil yang disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 37(1), (3) dan

Suggest a correction

(14)

dan apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan secara terus oleh pemegang lesen di bawah seksyen ini termasuk perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyambungan semula elektrik mengikut cara sebagaimana yang telah diarahkan oleh Suruhanjaya:

Dengan syarat bahawa dan tertakluk pada subseksyen (4), jika pemegang lesen tidak meneruskan tuntutan bagi kerugian hasil dan perbelanjaan itu di mahkamah, pemegang lesen hanya boleh menuntut terhadap pengguna bagi kerugian hasil dan perbelanjaan tersebut bagi tempoh tidak melebihi enam bulan ke belakang dari tarikh kesalahan itu disedari di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 447

Suggest a correction

(4)

Suatu pernyataan bertulis oleh seseorang pekerja pemegang lesen yang diperakui dengan sempurnanya oleh pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen, yang menyatakan—

(a)

amaun kerugian hasil atau perbelanjaan yang munasabah dilakukan oleh pemegang lesen;

(aa) cara pengiraan kerugian hasil dan butiran perbelanjaan; dan

Suggest a correction

(b)

orang yang bertanggungan bagi pembayarannya, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pembayaran yang kena dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (3) dan pernyataan bertulis itu hendaklah diberitahu kepada pengguna dalam masa empat belas hari bekerja atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan dengan kelulusan bertulis Suruhanjaya selepas pemotongan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Amaun yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (4) itu hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam pernyataan itu, menjadi genap masa dan kena dibayar kepada pemegang lesen dan jika tidak dibayar, amaun itu hendaklah didapatkan kembali melalui tindakan sivil di mahkamah.

Liabiliti tidak terjejas

Suggest a correction

Seksyen 39

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

dan 20, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk melepaskan pemegang lesen atau pihak pengurusan daripada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah yang berbangkit di bawah Akta ini.

Seksyen 40

Beban pembuktian

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah subseksyen 37(3) bukti mengenai—

(a)

kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang boleh digunakan bagi mengubah, atau memudahkan pengubahan, indeks mana-mana meter atau alat yang digunakan bagi mencatatkan kuantiti elektrik yang dibekalkan;

Bekalan Elektrik 71

Suggest a correction

(b)

kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang akan menghalang atau memudahkan penghalangan, mana-mana meter atau alat daripada mencatatkan dengan sempurnanya, kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan, atau penggunaan elektrik dengan curang; atau

Suggest a correction

(c)

(i)

pemasangan apa-apa kaedah mekanik atau kaedah lain pada;

(ii)

ketiadaan atau pengalihan apa-apa bahagian atau sambungan daripada; atau

Suggest a correction

(iii)

penggangguan apa-apa bahagian atau sambungan, apa-apa radas mengikut hal keadaan yang pemasangan, ketiadaan, pengalihan atau penggangguan itu akan menghalang atau memudahkan penghalangan mana-mana meter atau alat lain daripada mencatatkan dengan sempurnanya kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa telah ada pengubahan dengan curang indeks mana-mana meter atau alat, atau penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(A)

bahawa pengubahan, penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan dengan curang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—

Suggest a correction

(a)

orang yang memasang bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau apa-apa bahagian atau sambungan lain seperti yang disebut terdahulu;

Suggest a correction

(b)

orang yang mengalihkan mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu;

Suggest a correction

(c)

orang yang mengganggu mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu;

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 447

Suggest a correction

(e)

orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ia terpasang; atau

Suggest a correction

(f)

penduduk premis yang padanya meter atau alat itu dipasang; atau

Suggest a correction

(B)

bahawa orang atau pengguna itu telah bersubahat melakukan kesalahan mengubah, menghalang, mengambil, mengguna habis atau mengguna itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pampasan kerana kerosakan

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang dipertuduh atas kesalahan di bawah Akta ini boleh menaksirkan pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini dan boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran pampasan itu. Mana-mana perintah sedemikian boleh dikuatkuasakan seolah-olah ia adalah suatu penghakiman di dalam tindakan atau guaman sivil.

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan boleh dijalankan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini kecuali oleh atau dengan kebenaran bertulis Pendakwa

Raya.

Bekalan Elektrik 73

Seksyen 43

Pengkompaunan

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

Suggest a correction

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

Suggest a correction

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 447

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Hadiah untuk maklumat

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Dalam hal suatu sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan, mengarahkan pembayaran kepada orang yang telah memberi maklumat yang membawa kepada sabitan itu akan apa-apa bahagian denda itu tetapi tidak melebihi setengah daripada denda itu mengikut apa-apa kadar sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Penggunaan talian bekalan, dsb., bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 44a.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini dan tertakluk pada peruntukan seksyen ini dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, mana-mana talian bekalan, sebahagian daripada infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan, loji atau kelengkapan boleh digunakan bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan.

Suggest a correction

(3)

Sebelum dan semasa pengendalian komunikasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengguna elektrik dan orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan dan arahan yang disebut dalam subseksyen (1)

dan (2).

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik dan orang yang dilesenkan di bawah

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyediaan atau pengendalian komunikasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi Akta.

Bekalan Elektrik 75

Suggest a correction

(5)

Mana-mana pemunya atau penduduk suatu pepasangan elektrik di premis kediaman atau pengguna elektrik boleh memilih untuk menjadi pengguna atau selainnya bagi perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh orang yang dilesenkan di bawah

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hendaklah mendapatkan persetujuan yang nyata daripada pemunya atau penduduk atau pengguna itu sebelum menyediakan perkhidmatan komunikasi.

Suggest a correction

(6)

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana pemegang lesen atau orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Bahagian IXa

KUMPULAN WANG INDUSTRI ELEKTRIK

Sumbangan oleh pemegang lesen 44b.  (1)  Seseorang pemegang lesen hendaklah, jika dikehendaki oleh Menteri di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini atau melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menurut syor yang dibuat oleh Suruhanjaya, menguntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan atau perintah itu.

Suggest a correction

(2)

Atas syor Suruhanjaya, Menteri boleh menggantung atau membatalkan kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Kumpulan Wang Industri Elektrik 44c.  (1)  Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Industri Elektrik” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen menurut seksyen 44b;

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 447

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang Industri Elektrik dari semasa ke semasa;

Suggest a correction

(c)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Industri

Elektrik, termasuk faedah pendapatan; dan

Suggest a correction

(d)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya bagi pihak Kumpulan Wang Industri Elektrik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna;

atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan industri elektrik sebagaimana yang disifatkan perlu oleh

Suruhanjaya.

Pelaburan 44d.  (1)  Wang dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki atau tidak dengan serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya bagi maksud subseksyen 44c(3), dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan

Menteri Kewangan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam Kumpulan

Wang Industri Elektrik dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri Kewangan,dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.

Bekalan Elektrik 77

Akaun 44e.  (1)  Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Industri Elektrik dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya berkenaan dengan

Kumpulan Wang itu dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhirnya tahun kewangan Suruhanjaya, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun bagi sumbangan dan perbelanjaan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua

Majlis Parlimen.

Suggest a correction

Bahagian X

Bahagian X

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta.

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 447

Pengauditan pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik 45a.  (1)  Suruhanjaya boleh menjalankan audit pada bila-bila masa atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya menghendaki seseorang pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah Bahagian IV dan keselamatan pepasangan dan kelengkapan di bawah Bahagian VIIa

Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik kepada Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Audit hendaklah dijalankan dengan mengikut mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh menentukan kelas atau kategori pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang tertakluk pada audit.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik hendaklah membuktikan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu.

Suggest a correction

(5)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(6)

Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang—

(a)

gagal memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 52b;

Suggest a correction

(b)

dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan melalui notis bertulis; atau

Bekalan Elektrik 79

Suggest a correction

(c)

enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang

Suruhanjaya, pegawai diberi kuasanya atau perunding yang dilantik dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.

Penentuan standard pepasangan atau kelengkapan 45b.  Suruhanjaya boleh menentukan standard yang boleh dipakai bagi apa-apa pepasangan atau kelengkapan dan standard itu sebagaimana yang ditetapkan dalam apa-apa peraturan, kod atau garis panduan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini.

Penyimpanan rekod dan dokumen 45c.

Seseorang pemegang lesen, pemunya dan pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, unit pendawaian persendirian berdaftar, kontraktor perkhidmatan elektrik berdaftar, kontraktor tanda elektrik berdaftar, pengilang papan suis berdaftar, kontraktor elektrik berdaftar, pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi dan badan penilaian pematuhan berdaftar hendaklah menyimpan rekod dan dokumen berkenaan dengan perkara dan bagi tempoh masa yang ditetapkan.

Gangguan elektrik terhadap talian pengisyarat Kerajaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal pepasangan berlesen, memerintahkan penggantungan lesen;

Suggest a correction

(b)

dalam hal pepasangan tidak berlesen, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian pepasangan itu;

atau

Suggest a correction

(c)

dalam hal mana-mana pepasangan lain, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian apa-apa bahagian pepasangan itu yang menyebabkan gangguan elektrik itu, sehinggalah perkiraan bagi menghalang berlakunya semula gangguan elektrik seperti yang disebut terdahulu telah dibuat sehinggakan memuaskan hati Suruhanjaya, dan jika, dalam hal pepasangan berlesen, tiada perkiraan sedemikian telah dibuat, Menteri boleh memerintahkan supaya lesen bagi pepasangan tersebut dibatalkan dengan mutlaknya.

Suggest a correction

(2)

Bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen kerana penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini, pemegang lesen boleh menuntut pampasan daripada

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa tiada tuntutan boleh dibenarkan dan tiada pampasan boleh dibayar jika gangguan elektrik yang disebut dalam subseksyen (1) telah disebabkan oleh suatu pepasangan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan mengenai pengawalseliaan gangguan elektrik yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan telegraf.

Suggest a correction

(3)

Jika tuntutan itu dibenarkan, pampasan hendaklah, melainkan jika diselesaikan melalui persetujuan bersama di antara Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pemegang lesen, ditentukan melalui timbang tara.

Bekalan Elektrik 81

Langkah pengawasan terhadap elektrik atmosfera

Suggest a correction

Seksyen 47

Menteri yang boleh menurut budi bicaranya—

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan Negeri atau mana-mana pengguna lain yang mengambil atau menggunakan elektrik daripada mana-mana pepasangan hendaklah, jika Suruhanjaya menghendaki sedemikian, memperuntukkan apa-apa kaedah bagi menghindarkan apa-apa risiko kerosakan kepada pepasangan itu melalui elektrik atmosfera sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Akta ini.

Seksyen 48

Sekatan terhadap sambungan dengan bumi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekiranya berlaku pelanggaran subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melalui perintah bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya mengalihkan sambungan itu dan boleh melarang penggunaan mana-mana talian atau kerja bekalan atau pepasangan sehinggalah perintah itu dipatuhi, dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dipatuhi oleh orang berkenaan.

Tatacara dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga mana-mana pepasangan apabila menyedari akan apa-apa kecacatan padanya yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan tiap-tiap pengguna apabila menyedari akan apa-apa kecacatan pada apa-apa kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, atau membuat laporan mengenainya kepada Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Jika pada pendapat Suruhanjaya bahawa apa-apa kecacatan pada pepasangan yang berkenaan dengannya sesuatu lesen berkuat kuasa adalah dari jenis yang tidak boleh dibaiki atau dihapuskan,

Suruhanjaya hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika didapati oleh Suruhanjaya perlu berbuat demikian, hendaklah mengkenselkan lesen itu.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen atau pemunya tidak berhak kepada pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya kerana penggantungan pengendalian dan penggunaan, dan pengelakan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau kerana penggantungan atau pengkenselan lesen di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Bekalan Elektrik 83

Larangan mengambil kanak-kanak bekerja

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Pembangunan kod oleh Suruhanjaya dan pematuhan baginya 50a.  (1)  Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membangunkan dan mengeluarkan kod yang berhubungan dengan penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik dan bagi keselamatan elektrik.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh membangunkan dan mengeluarkan apa-apa kod tambahan sebagaimana yang disifatkannya patut dan suai manfaat atau sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Semua kod yang dibangunkan dan dikeluarkan menurut seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya apabila didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Semua pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik hendaklah mematuhi kod itu.

Suggest a correction

(5)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya, dalam memastikan kebolehpercayaan, keselamatan dan keterjaminan rangkaian elektrik, kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengatasi mana-mana perjanjian yang mungkin wujud antara pihak-pihak yang disebut dalam subseksyen (4).

Undang-Undang Malaysia 84

Akta 447

Penahanan dokumen oleh Suruhanjaya 50b.  (1)  Mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik apabila diarahkan oleh

Suruhanjaya hendaklah memberikan dokumen kepada Suruhanjaya, dan jika tidak berbuat demikian Suruhanjaya boleh mengambil milikan dokumen itu.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa dokumen yang diberikan atau yang diambil oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) boleh ditahan seberapa lama yang perlu oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dengan salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan sah.

Suggest a correction

(4)

Sehingga suatu salinan terperaku dibekalkan, Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu atau orang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen itu.

Suggest a correction

(5)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa penahanan dokumen itu tidak lagi diperlukan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1).

Garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 50c.  (1)  Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan atau arahan mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang.

Bekalan Elektrik 85

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang mengenai pematuhan atau ketidakpatuhan

Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, syarat lesen, termasuk meremedikan pelanggaran syarat lesen atau mengenai apa-apa perkara lain yang menghendaki suatu arahan dibuat atau secara khususnya dibuat menjadi subjek arahan di bawah Akta ini mengikut tatacara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh yang kemudian sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam garis panduan atau arahan itu.

Suggest a correction

(4)

Seorang pemegang lesen, atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan itu.

Perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 50d.  (1)  Suruhanjaya boleh mengubah, mengkaji semula atau membatalkan apa-apa kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 50c(3) dan (4)

hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan itu.

Kesalahan bagi ketidakpatuhan kod, garis panduan atau arahan Suruhanjaya 50e.

Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana kod, garis panduan atau arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan di bawah

Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 86

Akta 447

Daftar kod, garis panduan atau arahan 50f.  Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, termasuk apa-apa perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan itu.

Kuasa khas darurat

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggantungkan lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milikan sementara mana-mana pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara sebagaimana yang difikirkan oleh Suruhanjaya patut;

atau

Suggest a correction

(b)

menarik balik sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana pepasangan atau kemudahan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.

Kuasa untuk mengisytiharkan sumber air

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air sedemikian tanpa terlebih dahulu menyampaikan kepada pemegang lesen sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftar suatu notis tiga bulan, dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, yang menyatakan kerja yang hendak diusahakannya.

Suggest a correction

(3)

Pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu, pemegang lesen boleh, jika dia mendapati kerja yang disebut dalam subseksyen (2) akan mengganggu secara material fungsinya, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu, sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftar—

(b)

boleh mengenakan syarat ke atas pengusahaan kerja itu oleh orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1)

tanpa menyampaikan notis yang dikehendaki oleh subseksyen (2);

Suggest a correction

(b)

mengusahakan apa-apa kerja yang dilarang di bawah seksyen ini; atau

Suggest a correction

(c)

gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 88

Akta 447

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa lesen yang diberikan tidak kurang daripada dua puluh lima tahun sebelum tarikh perisytiharan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk melencongkan air dari mana-mana tasik, sungai atau laluan air, bagi maksud suatu pepasangan awam, yang pemegangnya belum, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri, menggunakan dengan munasabah hak yang berbangkit daripada lesen yang berkaitan dengan mana-mana tasik, sungai, laluan air atau bahagiannya yang diisytiharkan sebagai sumber air bagi maksud pepasangan itu.

Jaminan maklumat infrastruktur bekalan 52a.  (1)  Mana-mana pemegang lesen sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya yang menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi memelihara kerahsiaan, keutuhan dan ketersediaan maklumatnya, sistem maklumat dan infrastruktur rangkaian sokongan yang berkenaan dengan kewajipan dan perkara-perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen hendaklah—

(a)

mengambil langkah-langkah yang perlu, mewujudkan dan melaksanakan standard dan menggunakan kawalan jaminan maklumat yang berkaitan untuk menghalang, mengelakkan, meremedikan, mendapatkan kembali atau meletakkan semula maklumat, dokumen, alat atau rekodnya yang disimpan dalam komputernya dan bagi sistem pengendalian komputernya daripada apa-apa risiko—

Suggest a correction

(b)

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ketahanan infrastruktur rangkaian sokongannya untuk mengurangkan impak perniagaan terhadap pelbagai ancaman kepada aktiviti di bawah lesennya; dan

Bekalan Elektrik 89

Suggest a correction

(c)

memastikan bahawa kebolehpercayaan, keberterusan dan kualiti bekalan elektrik, pelaksanaan kewajipannya dan kepatuhan kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak terjejas, dan hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang mengganggu atau menjejaskan prestasi aktiviti di bawah lesen, melaporkan kejadian itu dengan segera kepada

Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi, mengabaikan untuk mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“infrastruktur rangkaian sokongan” merujuk kepada sambungan yang berkaitan, peranti rangkaian, perkakasan dan perisian yang menyediakan perkhidmatan rangkaian dalam menyokong fungsi perniagaan;

“kawalan jaminan maklumat” merujuk kepada cara pengurusan risiko, termasuk dasar, tatacara, garis panduan, amalan atau struktur organisasi, yang boleh dari jenis pentadbiran, teknikal, pengurusan atau perundangan;

“ketahanan” ertinya kebolehan sesuatu organisasi untuk menahan daripada terjejas oleh sesuatu kejadian.

Obligasi untuk memberikan maklumat 52b.  (1)  Suruhanjaya boleh memberi kuasa mana-mana pegawai untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dan hendaklah diberi capaian kepada apa-apa maklumat sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 447

Suggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang enggan memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya di bawah subseksyen (1) dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian XI

Bahagian XI

KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(a)

tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

lat-lat tempoh, waktu dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak diperiksa, notis (jika ada) yang hendak diberi berhubung dengan pemeriksaan dan persediaan yang hendak dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pihak pengurusan untuk pemeriksaan;

Bekalan Elektrik 91

Suggest a correction

(c)

standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam reka bentuk, pembinaan, perlindungan dan penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan, syarat yang di bawahnya apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak dikerjakan atau dikendalikan dan larangan ke atas penggunaan kelengkapan berbahaya;

Suggest a correction

(d)

cara bagaimana elektrik hendak disukat dan standard sukatan yang hendak digunakan dan cara bagaimana elektrik dibenarkan atau dilarang dibekalkan atau digunakan;

Suggest a correction

(e)

standard yang hendak diterima pakai bagi pengukuran dimensi mana-mana pepasangan atau kelengkapan;

Suggest a correction

(f)

cara pengawalseliaan dan had perubahan jenis, voltan dan frekuensi elektrik yang dibekalkan;

Suggest a correction

(g)

kelas atau reka bentuk dawai, lekapan dan kelengkapan yang hendak digunakan dan cara bagaimana dawai, lekapan dan kelengkapan itu hendak didirikan, dipasang, disusun, dilindungi, dikawal, diperiksa, diuji dan disenggarakan;

Suggest a correction

(h)

fi yang kena dibayar bagi lesen dan Perakuan Pendaftaran pepasangan dan apa-apa fi lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(i)

bentuk dan tempoh kesahan Perakuan Pendaftaran dan syarat bagi penggantungan, perlanjutan dan pembatalan

Perakuan Pendaftaran;

Suggest a correction

(j)

kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum dia boleh diamanahkan dengan perekabentukan, pembinaan, pendirian, pengujian, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan atau pengubahan apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan atau dengan jagaan, kawalan atau kendalian mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan;

Suggest a correction

(k)

jenis ujian yang hendak digunakan bagi menentukan sama ada mana-mana orang yang memiliki kelayakan perlu yang ditetapkan bagi maksud kawalan kompeten dan maksud lain, dan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan kekompetenan, dan untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi ujian dan perakuan sedemikian;

Undang-Undang Malaysia 92

Akta 447

Suggest a correction

(l)

pendaftaran dan pengelasan unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, kontraktor tanda elektrik, pengilang papan suis dan orang kompeten, dan untuk menetapkan fi bagi pendaftaran sedemikian;

Suggest a correction

(m)

langkah-langkah yang hendak diambil dan kelengkapan yang hendak dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan pepasangan untuk menjaminkan keselamatan awam dan persendirian;

Suggest a correction

(n)

langkah-langkah pengawasan yang hendak diambil untuk melepaskan mana-mana orang daripada mengawal apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan dan cara memberitahu

Suruhanjaya mengenai nama dan kelayakan mana-mana orang yang ditempatkan untuk mengawal mana-mana pepasangan dan mengenai pengendalian mana-mana loji atau kelengkapan;

Suggest a correction

(o)

cara mengira keupayaan apa-apa sistem, pepasangan, kelengkapan, kabel, penjana kuasa dan/atau motor;

Suggest a correction

(p)

cara menentukan pertikaian, mengadakan siasatan dan timbang tara di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(r)

taksiran dan kelulusan, di mana-mana perlu, apa-apa kelengkapan domestik atau kelengkapan lain yang hendak dikilangkan, diimport, dipamerkan, dijual, diiklankan, dipasang atau digunakan dan untuk menetapkan fi yang kena dibayar mengenainya;

Suggest a correction

(s)

peruntukan bagi pemegang lesen mengenai perkara yang berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

pemeriksaan mana-mana pepasangan atau bahagiannya;

(iv)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya;

Bekalan Elektrik 93

Suggest a correction
Suggest a correction

(t)

pengemukaan penyata kewangan dan laporan teraudit oleh pemegang lesen itu;

Suggest a correction

(u)

cara pelaksanaan kerja yang berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian;

Suggest a correction

(v)

kaedah-kaedah yang hendak diterima pakai sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan;

Suggest a correction

(w)

fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pepasangan dan radas pengguna, berkenaan dengan pemasangan dan pengujian meter, dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan dengan sewajarnya kerana pengguna;

Suggest a correction

(x)

pengawalseliaan perhubungan antara pemegang lesen dan pengguna, misalnya peruntukan mengenai pendapatan kembali caj bagi pembekalan termasuk apa-apa surcaj bagi pembayaran lewat, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemotongan dan pemulangan bekalan elektrik oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai diberi kuasanya bagi maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemotongan atau pemulangan bekalan, kemasukan bagi maksud menggantikan, membaiki atau mengubah pinda mana-mana talian elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik dan bentuk apa-apa notis yang dikehendaki;

(xa) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap;

(xb) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendak digunakan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kualiti kuasa;

Undang-Undang Malaysia 94

Akta 447

(xc)

perkara yang berhubungan dengan pemeteran, pemeteran prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran, kelengkapan, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;

Suggest a correction

(xd)

perkara yang berhubungan dengan penggunaan talian bekalan bagi maksud komunikasi sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 44a;

(xe) berkenaan dengan import dan pengilangan kelengkapan elektrik pengguna, pendaftaran pengimport dan pengilang dan badan penilaian pematuhan yang berkenaan dengan kelengkapan elektrik pengguna, pusat latihan dan pemeriksaan atau institusi dan menetapkan apa-apa fi pendaftaran;

(xf) perkara yang berhubungan dengan Kumpulan Wang Industri

Elektrik;

(xg) perkara yang berhubungan dengan pelesenan di bawah

Akta;

(xh) semua fungsi, kewajipan dan tanggungjawab Pengendali

Sistem dan Pembeli Tunggal;

Suggest a correction

(xi)

semakan pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan dan bagi audit pemegang lesen dan pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik;

(xj) fi yang kena dibayar berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap oleh kelengkapan dan kelulusannya;

(xk) perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang menyediakan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap dan pembayaran fi bagi memproses permohonan dan pendaftaran;

Suggest a correction

(xl)

perkara dan tempoh masa penyimpanan rekod dan dokumen;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(y)

apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Bekalan Elektrik 95

Suggest a correction

(2)

Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

Bahagian XII

Bahagian XII

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa pepasangan, atau bahagiannya, yang dipunyai oleh atau dikerjakan oleh atau bagi pihak mana-mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;

Suggest a correction

(b)

apa-apa kelas pepasangan, loji atau kelengkapan tertentu lain, dan boleh, melalui pemberitahuan yang seumpamanya, mengkenselkan apa-apa pengecualian yang diberitahu sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Menteri syarat yang boleh terpakai bagi suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Kecuali diperuntukkan selainnya dalam pengecualian itu, suatu pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau dibatalkan.

Peruntukan peralihan dan sekatan yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan sebelum Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Wa1au apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana lesen bagi suatu pepasangan awam yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimasyhurkan sebelum Akta ini, tiada pemegang mana-mana lesen sedemikian boleh, tanpa kelulusan terdahulu daripada Suruhanjaya—

(a)

memperoleh mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud apa-apa pepasangan;

Suggest a correction

(b)

memulakan apa-apa skim baru bagi pembekalan elektrik;

Suggest a correction

(c)

memperbesar mana-mana pepasangan atau kawasan bekalan yang ada; atau

Suggest a correction

(d)

memasang apa-apa loji atau kelengkapan baru atau menggantikan mana-mana loji atau kelengkapan yang ada bagi maksud pepasangan itu.

Kegagalan mematuhi subseksyen ini boleh menyebabkan lesen pemegang lesen dibatalkan menurut budi bicara Suruhanjaya.

Pemansuhan Akta Elektrik 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa

Elektrik 1983 dan kecualian berkenaan dengannya

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 56

Akta 447

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta Jemaah

Pemeriksa Elektrik 1983 hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh, bilamana ternyata padanya perlu atau suai manfaat berbuat demikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau berbangkit daripada lulusnya Akta ini, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan dalam subseksyen (2)

sebagaimana yang difikirkannya patut.

*CATATAN—lihat seksyen 42 Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015

[Akta A1501] m.b.p. 1 November 2016 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut:

Bekalan Elektrik 97

Kecualian dan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 42

Suggest a correction

(2)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini permohonan bagi pendaftaran pepasangan di bawah seksyen 21 Akta ibu masih belum selesai di pihak Suruhanjaya, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan pendaftaran pepasangan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(4)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini permintaan untuk bekalan elektrik yang masih belum selesai di pihak pemegang lesen, peruntukan

Akta ibu yang berhubungan dengan kecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(5)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini perjanjian khas di bawah seksyen 29 Akta ibu antara pemegang lesen dengan mana-mana orang yang sedang dirundingi, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan perjanjian khas mengenai bekalan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(6)

Suatu premis komersial atau perindustrian yang belum diluluskan menurut atau berlanggaran dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah terhenti mendapat bekalan elektrik apabila tamat tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini melainkan jika premis komersial atau perindustrian itu telah diluluskan menurut atau tidak berlanggaran dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976.

Suggest a correction

(7)

Jika suatu pertikaian di bawah seksyen 9e, 17, 24, 25, 26, 27, 28, 28a,

29 dan 32 Akta ibu timbul sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan

Akta ibu yang terpakai bagi penentuan pertikaian sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(8)

Jika apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan pegawai diberi kuasa itu belum mengemukakan laporannya mengenai kemalangan atau kebakaran itu, peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi pemberitahuan kemalangan atau kebakaran sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(9)

Mana-mana orang yang memberikan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah mendaftar dengan Suruhanjaya dalam masa dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 98

Akta 447

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Subseksyen 11(2)]

NOTIS CADANGAN MEMASUKI DAN MELAKUKAN

KERJA ATAS TANAH DI BAWAH SEKSYEN 11

Kepada:

Hakmilik atau perihal lain tanah..............................................................................

Sila ambil perhatian bahawa saya/kami .......................................................

.......................................... yang beralamat di .........................................................

ialah pemegang lesen yang bertarikh ....................................................... di bawah

Akta Bekalan Elektrik 1990 berhasrat memasuki tanah yang tersebut di atas bagi maksud (di sini nyatakan dengan sepenuhnya dan setepatnya yang mungkin apa yang dicadangkan hendak dilakukan).

Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis ini anda boleh menyerahkan suatu bantahan sama ada secara lisan atau bertulis kepada

Pentadbir Tanah Daerah di.................................................................................

Pentadbir Tanah Daerah telah menentukan..............................................................

sebagai hari yang bantahan itu akan didengar.

Melainkan jika anda menyerahkan suatu bantahan dalam masa yang dinyatakan, menjadi anggapan bahawa anda telah mengizinkan kemasukan saya/kami ke tanah itu mengikut terma notis ini.

Anda akan dibayar pampasan yang sepatutnya bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan.

Bertarikh............................ hari bulan..................... 20...............

.........................................

Pemegang lesen

Bekalan Elektrik 99

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Subseksyen 11(7)]

PER1NTAH PENTADB1R TANAH DAERAH BERKENAAN DENGAN

BANTAHAN TERHADAP KEMASUKAN ATAS TANAH

Kepada:

Dalam hal sesuatu siasatan yang diadakan di bawah subseksyen 11(6)

Akta Bekalan Elektrik 1990 antara pemegang lesen dengan pemunya tanah yang terletak di Lot No........................, Hakmilik No...................., Mukim................

Suatu siasatan telah diadakan pada...............................................................

di hadapan.......................................................................... Pentadbir Tanah Daerah

.....................................................dalam kehadiran...........................................

bagi pihak pemegang lesen dan......................................bagi pihak pemunya tanah.

Selepas mengadakan siasatan, dengan ini diperintahkan seperti yang berikut:

*(a) pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk melakukan kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 11(2) Akta Bekalan Elektrik 1990.

*(b) pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk melakukan kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 11(2) Akta Bekalan Elektrik 1990 tertakluk pada syarat yang berikut:

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(nyatakan syarat-syarat)

*(c) pemegang lesen tidak dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk melakukan kerja yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 11(2) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Bertarikh............................ hari bulan..................... 20...............

............................................................

Pentadbir Tanah Daerah

*potong mana-mana yang tidak berkenaan

Undang-Undang Malaysia 100

Akta 447

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 16(1)]

AKTA BEKALAN ELEKTR1K 1990

PENAKSIRAN

Kepada:

Dalam hal siasatan bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen 10*, 11* atau 13* Akta Bekalan Elektrik 1990 antara pemegang lesen dengan pemunya tanah yang erletak di Lot No.........................., Hakmilik No................., Mukim..........................

Suatu siasatan telah diadakan pada...................................................di...................

hadapan............................................Pentadbir Tanah Daerah.....................................

dalam kehadiran........................................bagi pihak pemegang lesen dan.................

bagi pihak pemunya tanah.

Selepas mengadakan siasatan, adalah dengan ini diperintahkan bahawa pampasan yang kena dibayar oleh pemegang lesen kepada pemunya tanah adalah seperti yang berikut:

Bertarikh............................ hari bulan..................... 20...............

............................................................

Pentadbir Tanah Daerah

*potong mana-mana yang tidak berkenaan

Bekalan Elektrik 101

Akta 447

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 272/1990

Perintah Penggantungan Kuat Kuasa

Akta (Sarawak) 1990 01-09-1990

Akta A1116

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2001 02-01-2002

Akta A1501

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 01-01-2016

Undang-Undang Malaysia 102

Akta 447

Akta 447

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

Akta A1116 02-01-2002 2

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 3

Akta A1116 02-01-2002

Tajuk Bahagian III

Akta A1116 02-01-2002 4

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 4a

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 5

Akta A1116 02-01-2002 5a

Akta A1501 01-01-2016 5b

Akta A1501 01-01-2016 6

Akta A1116 02-01-2002 7

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 8

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 9

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 9a

Akta A1501 01-01-2016

Bekalan Elektrik 103

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari 9b

Akta A1501 01-01-2016 9c

Akta A1501 01-01-2016 9d

Akta A1501 01-01-2016 9e

Akta A1501 01-01-2016 11

Akta A1116 02-01-2002 12

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 17

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 18

Akta A1116 02-01-2002 19

Akta A1116 02-01-2002 20

Akta A1116 02-01-2002 21

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 22

Akta A1116 02-01-2002 22a

Akta A1501 01-01-2016 22b

Akta A1501 01-01-2016 23a

Akta A1116 02-01-2002 23b

Akta A1116 02-01-2002 23c

Akta A1116 02-01-2002 23d

Akta A1501 01-01-2016 24

Akta A1501 01-01-2016 25

Akta A1501 01-01-2016 26

Akta A1501 01-01-2016 26a

Akta A1116 02-01-2002

Undang-Undang Malaysia 104

Akta 447

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari 27

Akta A1501 01-01-2016 28

Akta A1116 02-01-2002 28a

Akta A1116 02-01-2002 28b

Akta A1501 01-01-2016 29

Akta A1501 01-01-2016 30

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 30a

Akta A1501 01-01-2016 30b

Akta A1501 01-01-2016 31

Akta A1116 02-01-2002 32

Akta A1501 01-01-2016 33

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016

Bahagian VIIa

Akta A1501 01-01-2016 33a

Akta A1501 01-01-2016 33b

Akta A1501 01-01-2016 33c

Akta A1501 01-01-2016 33d

Akta A1501 01-01-2016 33e

Akta A1501 01-01-2016 33f

Akta A1501 01-01-2016 34

Akta A1116 02-01-2002 35

Akta A1116 02-01-2002 36

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 37

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016

Bekalan Elektrik 105

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari 37a

Akta A1501 01-01-2016 37b

Akta A1501 01-01-2016 38

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 40

Akta A1116 02-01-2002 41

Akta A1116 02-01-2002 42

Akta A1116 02-01-2002 43

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 44a

Akta A1501 01-01-2016

Bahagian IXa

Akta A1501 01-01-2016 44b

Akta A1501 01-01-2016 44c

Akta A1501 01-01-2016 44d

Akta A1501 01-01-2016 44e

Akta A1501 01-01-2016 45

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 45a

Akta A1501 01-01-2016 45b

Akta A1501 01-01-2016 45c

Akta A1501 01-01-2016 46

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 47

Akta A1116 02-01-2002 48

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 50a

Akta A1501 01-01-2016 50b

Akta A1501 01-01-2016

Undang-Undang Malaysia 106

Akta 447

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari 50c

Akta A1501 01-01-2016 50d

Akta A1501 01-01-2016 50e

Akta A1501 01-01-2016 50f

Akta A1501 01-01-2016 51

Akta A1116 02-01-2002 52

Akta A1116 02-01-2002 52a

Akta A1501 01-01-2016 52b

Akta A1501 01-01-2016 53

Akta A1116

Akta A1501 02-01-2002 01-01-2016 54

Akta A1501 01-01-2016 55

Akta A1116 02-01-2002

Common questions

What is AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 is Malaysia Act, cited as Act 447 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Is AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 still in force?
Yes — AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 is currently in force.
When did AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 take effect?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 was first recorded in 1990.
How many sections does AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 have?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 contains 58 sections.
What amends AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 has been amended by AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015, AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024, and AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025.
Where can I read the official version of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990?
The official text of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 is published at lom.agc.gov.my.