Malaysia legislation

Section 13

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 13

Bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagian daripadanya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu,

Bekalan Elektrik 33

boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah yang di atas, di bawah atau melewatinya talian bekalan telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau yang di atasnya tiang atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam menjalankannya, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 16 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 11.

Pengalihan atau pengubahan talian bekalan, dsb.