Malaysia legislation

Section 14

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 14

(2)

(a)

Jika pemegang lesen tidak mematuhi kehendak itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa

Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta hal itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk pada syarat tertentu, bagi pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu. Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang Pihak Berkuasa Negeri berpendapat adalah saksama mengikut hal keadaan hal itu.

(b)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, daripada menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen ini, mengarahkan Pentadbir Tanah

Daerah untuk membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan untuk membuat syor kepadanya.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 447

(3)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahan mana-mana talian bekalan utama, pemegang lesen boleh, daripada mengalihkan atau mengubah talian bekalan itu, memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengarahkan pengambilan tanah sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud talian itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya.

(4)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, pepasangan berlesen hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di dalam

Negeri di mana tanah itu terletak hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

(5)

Bilamana talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, atas tanah Negeri oleh pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi hakmilik kepada mana-mana orang, pemunya atau penduduk tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menghendaki pengalihan talian bekalan itu ke bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya adalah lebih tinggi atau lebih rendah, atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi apa-apa kehendak sedemikian:

Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah dibayar oleh orang yang berkehendakkan pengalihan atau pengubahan itu.

Kecualian bagi perjanjian izin lalu