Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud membawa talian bekalan merintangi tanah itu; atau
(b)
menyentuh apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian yang ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bekalan Elektrik 35
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan disimpan dengannya salinan terperaku bagi apa-apa perjanjian sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terlibat dengan perjanjian izin lalu itu.
(3)
Jika suatu perjanjian izin lalu berhubungan dengan tanah yang ialah suatu tanah pegangan yang termasuk dalam Daftar
Interim—
(a)
subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar”
dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio berkenaan
Daftar Interim”; dan
(b)
apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik
Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika ia masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu)
dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.
(4)
Selagi masih terdapat suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) pada dokumen hakmilik daftaran atau folio berkenaan Daftar Interim, segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk pada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat.
(5)
Jika nota atau pendaftaran suatu perjanjian izin lalu yang dibuat sebelum l Januari 1966 menurut subseksyen (2) atau (3)
sebagaimana yang berkuat kuasa pada masa itu masih berkuat kuasa sebelum tarikh itu, maka, bagi maksud subseksyen (4)—
(a)
ia hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (2); atau
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 447
(b)
jika ia berhubungan dengan tanah yang termasuk sebagai suatu tanah pegangan dalam Daftar Interim, ia hendaklah dicatatkan pada folio berkenaan Daftar Interim dan hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (3).
(6)
Dalam seksyen ini—
“Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Kanun Tanah
Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.
Pampasan