Malaysia legislation

Section 17

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 17

(2)

Jika kuantiti elektrik telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—

(a)

tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan

(b)

dalam hal yang wajar, suatu potongan pada caj bagi bekalan elektrik hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.

(3)

Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada mana-mana orang atau apa-apa harta atau bagi apa-apa pemberhentian bekalan elektrik yang mungkin disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan, rosak rosot biasa atau beban berlebihan diakibatkan oleh sambungan kelengkapan yang tidak dibenarkan, atau disebabkan oleh kehendak munasabah sistem itu, atau disebabkan oleh kecacatan pada mana-mana pepasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen, tetapi hanya akan bertanggungan apabila kerosakan atau pemberhentian itu jelas kelihatan sebagai telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejen atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna pepasangan itu oleh pemegang lesen.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemegang lesen hendaklah membetulkan dan membaiki apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan pembekalan elektrik dan, jika berkenaan, membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu adalah akibat daripada kecuaian pemegang lesen, ejen atau pekerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Cagaran: penggantungan dan pembatalan lesen